Kimchi Timun Rangup Dan Sedap

By LiNa_Pg - Thursday, November 09, 2023

 Assalamualaikum...

Ada ke peminat kdrama di kalangan pembaca blog TMK? kalau kdrama memang tak lari dari kimchi kan?Sampai kita pun terjebak sama nak mencuba makanan Korea, walaupun bukan tekak kita boleh terima tapi ada yang sangat sedap dan boleh addict dibuat.Contoh ayam goreng Korea dan kimchi ni.Kalau tteok-bokki saya kureng siket.Untuk resepi kali ini saya kongsikan kimchi timun bukan kimchi yang menggunakan kobis panjang atau napa cabbage tu, yang guna kobis tu complicated siket nak buat, kimchi timun lebih mudah dan anti gagal gitu.Saya buat pertama kali pun menjadi dan anak-anak sangat suka.Pendek kata asal habis buat, asal buat habis haaa gitulah kekdahnya.

Kimchi timun ni sangat sedap kalau guna timun Jepun berbanding timun yang biasa tu.Lagi satu kalau suka masukkan karot, boleh masukkan juga dalam kimchi,tapi kalau mengikut citarasa saya lebih yang tidak masukkan karot (dah buat pelbagai versi).Minyak bijan tu adalah bahan wajib, saya pernah buat dah siap semua dah bila cuba rasa..ish awatlah rasa dia 'tak sampai' tak sama macam sebelum-sebelum ni.Oowh rupanya saya terlupa masukkan minyak bijan.Ini sebabnya dah banyak kali buat pakai tak tengok resepi dah,main taram je 😆.Kalau bijan pulak, tak letak pun tak apa sebab tidak menjejaskan rasa tapi kalau letak lebih authentic Korea la kan.Bijan tu kena sangrai/sangai (goreng tanpa minyak) terlebih dahuli.

how to make kimchi, kimchi timun homemade, resepi kimchi timun, cucumber kimchi, kimchi timun malina lina pg,
Sedap sangat tau... Rangup krup krap gitu.Kalau orang melayu kira jelatah atau acar la ni.Rasa dia masam manis pedas-pedas manja.Ratah gitu ajer pun sedap.
Resepi kimchi menggunakan chilli flakes korea iaitu gochugaru.Saya guna yang mild sahaja.Ada juga yang jenis pedas.Gochugaru ni tak ada biji, tak sama macam chilli flakes dalam masakan Thai tu..Kalau nak beli gochugaru ni boleh beli di TikTok saya (Malina Lina Pg) nak beli kat shopee pun boleh tapi saya tak ada shopee. Gochugaru yang dijual di TTS saya adalah HALAL. Bukan produk saya tau..saya cuma affiliate sahaja. Di video kimchi ada beg kuning (shop) boleh beli kat situ ya.Harga kalau tak silap RM7.90 (pack paling kecil)


Kimchi Timun Homemade
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan A
2 batang timun jepun
2 sk garam

Bahan B
Daun bawang secukupnya (potong anggaran 1inci)
1 labu bawang besar (hiris)
3 ulas bawang putih (cincang)
3 sb gochugaru (boleh tambah/kurang)
2 sb gula pasir (sesuai selera)
1 sb cuka (sesuai selera)
1 sb minyak bijan
Bijan (siap disangrai)
Garam (jika perlu)

Cara-Cara
  1. Hiris timun jangan terlalu tebal/nipis (refer video di YouTube).Taburkan garam dan gaul rata.Pastikan semua timun bersalut/bergaul dengan garam.Ketepikan sebentar anggaran 15-20min.
  2. Sementara itu, kita sediakan bahan lain (hiris daun bawang, hiris bawang, cincang bawang putih)
  3. Setelah 15min berlalu, timun tadi akan mengeluarkan air, bolehlah cuci bersih dan toskan.
  4. Masukkan timun (yang telah dicuci tadi) ke dalam mangkuk besar.
  5. Masukkan hirisan bawang besar, daun bawang, bawang putih, gochugaru, garam, gula, cuka, dan minyak bijan.Gaul rata semua bahan ini.Seimbangkan rasa (boleh tambah apa yang kurang mengikut selera).Akhir sekali masukkan biji bijan yang siap disangrai.Dah siap kimchi timun.
  6. Masukkan ke dalam bekas kedap udara.Simpan dalam peti ais.Kimchi timun insyaaAllah bertahan selama 1 minggu dalam peti ais.Tapi kalau kat rumah saya untuk resepi ini cuma bertahan 20jam sahaja 😂 dah habis.

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. nak buat jugalah...tapi kenalah cari dulu gochujaru ni.. apa kebenda tu agaknya. kita gi google jap

    ReplyDelete