Kuih Akok Paling Mudah Dan Sedap (resepi akok sukatan cawan) | kuih tradisional

By LiNa_Pg - Wednesday, August 12, 2020

 Assalamualaikum...
Lama tak buka blog tiba tiba hari ni terasa nak update bila klik 'new post' dah lain macam mulalah gelabah tak tahu nak klik mana hahaa..okey benda baru kita slow slow belajar.Hari ni saya update resepi yang agak lama tertangguh juga ni iaitu kuih akok.Kuih akok ni dah banyak kali sangat ulang siar sebab tu saya lewatkan siket n3 dalam blog ni sebab follower masih boleh guna pakai resepi lama.Cuma kali ini saya buat video untuk youtube.Owh  sudah tentulah resepi kuih akok ni saya buat masa bulan puasa hari tu.Lamanya peram??hahaa....begitulah tak tahulah apa yang disibukkan sangat sampai tak sempat nak update.Okey jom kita semak resepi kuih akok


Resepi Kuih Akok Kedut

By Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A

1 cawan gula nisan/nisan kerek (115g)

1 cawan air (200ml)

2 helai daun pandan

1 cawan telur (cawan lina pg guna 4 biji telur gred B)

1/2 cawan tepung gandum

1 cawan santan pekat

sedikit garam

acuan muffin

sedikit minyak


Cara Cara

  1. Satukan gula nisan/gula melaka,air garam dan daun pandan ke dalam periuk.Masak hingga gula nisan hancur.Tapis dan sejukkan sebentar.
  2. Oleskan acuan muffin dengan dengan sedikit minyak dan panaskan dalam oven suhu 200'C selama 15min.
  3. Sementara itu satukan telur, santan, tepung gandum dan air gula melaka tadi ke dalam pengisar dan kisar halus.Kemudian tapiskan.Jika buih terlalu banyak, cedok keluar buih tersebut.
  4. Keluarkan acuan muffin dari oven dan tuang adunan akok ke dalam acuan muffin.
  5. Bakar selama 25min suhu 180'c (suhu bergantung kepada jenis oven masing masing)
  6. Semasa membakar kuih akok akan menggelembong dan mengembang.Apabila kuih masak ia akan mengecut dan menjadi kuih akok kedut yang awesome hehe...
  7. Selamat mencuba.Untuk video tutorial sila klik paparan di bawah.Jangan lupa subscribe youtube lina pg ya...PERCUMA jer

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. assalamualaikum
    kuih kegemaran org Klate
    dulu arwah mak pun suka mkn ni

    ReplyDelete