Puding Roti

By LiNa_Pg - Sunday, December 06, 2009


Salam suma,
Puding roti ni dihasilkan time aku dok 'conference' ngan kak rosaliza, hasue & sunkist petang tadi. Ni memang puding roti, nape tak percaya?betul puding roti...mesti korang ingat puding karamel kan?Sekali tengok cam puding karamel tapi dari segi rasa ada kelainan. Aku jatuh cinte pandang pertama ngan puding roti ni pestaim skodeng umah  merin. Sedap? sudah semestinya..sekali hadap jer dekat nak licin dh. Merin,saya kopi pes resepi kat sini ya;

 Bahan-bahan

  • 7 keping roti putih (sy gn 4keping roti + 6keping biskut merie)-roti abes 
  • satu tin susu cair 
  • 5 biji telur - gred c ( kalau gred A guna 4 biji pun dah ok ) 
  • 2 sudu teh esen vanilla ( hilangkan bau hanyir telur)
  • 1/2 cawan gula 
  • 1/2 cawan air
Cara-cara 
  1. Carik-carikkan roti dan letakkan dalam bekas 
  2. Tuang susu cair dan tekan-tekan roti tadi biar tenggelam dalam susu(rendam selama 30 minit -don't worry..tak lemas punya ) 
  3. separuh dari sukatan gula dibuatkan gula hangus...Ibu guna loyang yang boleh letak atas api...lagi senang..letak gula dalam loyang..biar dia cair dengan api perlahan...bila dah warna kuning emas tu..padamkan api..kalau lambat nanti dia hangit..pastu biar sejuk 
  4. Blend bhn2 lain...telur, gula, esen vanilla, roti dengan susu yang direndam tadi dan juga air (blend halus) 
  5. Tuang atas gula hangus dalam loyang tadi..kukus antara 40 minit hingga 1 jam 
  6. Bila masak...sejukkan sebentar pastu tonggengkan dalam bekas lain...tu yang nampak bahagian atas tu kaler lain..baru nampak cantik sikit...masuk dalam peti sejuk..apa jenis puding pun makan sejuk-sejuk lagi sedap...

    Ada yang nak puding roti tak? meh bawa pinggan masing2..sila..sila jangan malu2
     

  • Share:

You Might Also Like

7 comments

  1. salam..

    sedapnya.. tp sini periuk kukus mahal sgt, tak berkesempatan lg nk beli.. tengoklh nnt, minta saudara mara di sana tolong poskn... boleh ler try masak puding ni..:-)

    ReplyDelete
  2. nak nakkk!!seketui x cukup nih kak..hehe...

    *pagi nih bjaya klik Open Day

    ReplyDelete
  3. lina, puding rotimu buat daku tergoda hihihi.. ;) next time kita berkonference lagi wokeyy :D

    ReplyDelete
  4. lina chik mai bawak pinggan ni hiihi dah p pesta ka?

    ReplyDelete
  5. salam dik...emmm mmg sedap nmpk puding ni, tak nmpk ketul2 roti

    ReplyDelete
  6. Nida> rasanya boleh kot kalau nida guna oven tp boh air kat dulang itam oven (water bath ke apa ntah)istilah tu.

    Hasue> tu la smalm ingt nk serves lepas conference tp byk hal lak..tapau je la sue..

    sunkist> saja nak goda ida tu..pose seksi sket, wokey nnt kite conference lg,xpuas sembang kemarin

    chik mi> hi jiran,bak pinggan nak boh puding roti 4ketul cukup?dh pi pesta ari sbtu lepas. chik mi dah pi ke?

    kak rosaliza> salam,sedap kak puding roti tu,roti xnmpk sbb blend halus

    ReplyDelete
  7. awak kalau bab buat puding ni hebat ek. Semuanya nampak menyelerakan.

    ReplyDelete