Assalamualaikum...
Dah lama tak tayang menu lain selain dari kek dan kek hahaha.Kali ni kite tuko lak kepada main course selalu dessert je kan.Ni menu dinner kami sekeluraga malam tadi.Sekali sekala layan western food sedap jugak.Kali ni saya gunakan teknik kukus, grill, panggang hahaha.Cam iklan master chef lak.Siyes memang sedap kombinasi ayam grill dan kentang putar ni.Biasanya saya bako sekali kentang dengan perapan ayam tuh.Kali ni terlebih rajin lak wat whipped potato.Memang sedap..enak tak terkata...
sedap neh..anak2 siap minta wat lagi...suka ngan tektur ayam yg juicy and tender..untuk sayur brokoli dan baby carrot lina pg kukus selama 5min
yg ni fresh dari oven..cantik jer kebakarannya hahaha hancuss BM aku
AYAM ROSEMERY GRILL MADU & KENTANG PUTAR
sumber : lina pg
sumber2 : irma (sos kentang putar)
Bahan - Bahan:
- 4 keping whole leg
- 1 kiub ayam
- 3 sudu besar kicap pekat manis
- 3 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap mee goreng (Tamin)
- 3 sudu besar madu
- 4 ulas bawang putih(tumbuk)
- 1in halia(tumbuk)
- 1 sudu kecil lada hitam
- 1sk rosemery kering
- Sedikit olive oil
Cara-cara
- Bersih ayam. Kemudian gaul dengan semua bahan-bahan di atas.
- Perap 30 minit atau lebih (lina pg perap 4 jam.Kemudian bako dlm oven suhu 160 darjah selama 50min-1jam.Terbalikkan ayam selepas 25min proses membakar
- saya lapik alumium foil atas dulang pembakar, pastu baru letak ayam.Lumurkan sedikit myk(olive oil)
- Curahkan sekali air lebihan perapan ayam tadi ke atas ayam.
- Selepas setengah jam, terbalikkan ayam dan simbah ayam dengan air perapan dalam dulang.Supaya ayam tidak kering.
KENTANG PUTAR
sharing : lina pg
Bahan-bahan
Sos Kentang Putar.
Bahan-bahan :
- 2 biji kentang besar (~750g)
- 2 sudu besar mentega
- 5 sudu besar susu segar
- Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
- Kupaskan kentang dan potong dadu. Rebus kentang sehingga empuk (lina pg masukkan 1 sudu kecil garam semasa merebus kentang)
- Bila empuk, toskan air.Terus lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas
- Masukkan susu segar dan mentega. Gaul rata.
- Sesuaikan rasa (tambah garam, lada sulah dan lada hitam)
Bahan-bahan :
- 650 ml air
- 1 biji bawang Holland - cincang halus (lina pg xletak)
- 1 batang saderi- cincang halus (lina pg xletak)
- 3 sudu besar serbuk Pati Ayam (lina pg guna 1 kiub ayam maggi)
- 4 sudu besar mentega
- 4 sudu besar tepung gandum (lina pg gn tepung jagung)
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- garam secukup rasa (lina pg xletak dah cukup rasa)
- Masak air dengan masukkan serbuk pati ayam, daun saderi dan bawang besar. Masak sampai mendidih. Renehkan sebentar dengan api perlahan selama 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.
- Dalam periuk yang lain, cairkan mentega dalam api sederhana panas. Biarkan cair. Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit. Kacau perlahan sampai tepung tak melekat di periuk. Pastikan api perlahan ya (lina pg bancuh tepung jagung dengan sedikit air)
- Tuangkan air rebusan perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit. Kacau sampai kuah menjadi likat.
- Masukkan sos tomato dan sos tiram. Kacau sebati.
- Masukkan kicap pekat. Tambah kicap sekira mahu kuahnya berwarna gelap.
- Masak sehingga pekat. Rasa dahulu sebelum masukkan garam. Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan rasa yang sedia ada. Tak perlu tambah garam. Sekiranya mahu masin lebih. Baru tambahkan garam.
- Akhir sekali, taburkan serbuk lada hitam. Kacau lagi sampai serbuk lada hitam sebati dengan kuah. Masa ni kalau nak kuah pekat. Kacau lama. Suka kuah cair. Boleh dah tutup api.
Note lina pg :
Apabila sejuk, kuah akan menjadi lebih pekat
9 comments
salam Lina
ReplyDeletesemua nya lazat je nampak ayam, kentang putar dan segala eksesori tu, anak2 akak sangat suka dengan kentar putar tu boleh lah try nnt ikut resepi Lina ya
salam
ReplyDeletememang sedap klu ayam bakar camni..akak pun selalu buat
@Nooriah Abdullah
ReplyDeletewslm, memang sedap kak noor...tang sayur bagai tuh ada lam pinggan mama ngan abah jer la anak2 makan ayam ngan kentang.Siap kata lebih sedap dari Keni Rojes n kentang putar lak sedap dr KFC..huh budak2 kalau ayam manjang jer sedap
@kakinakl.com
ReplyDeletewslm kak Ina..sekali sekala makn camni memang sedap kan?
Lina.... ada lagi tak ayam rosemary & the gang? Kak Amie dah duduk bersila ni...walllaaaaaaa... sedapnya!
ReplyDelete@Amie
ReplyDeleteKak amie,meh2 mkn kt meja.Kalau selera kg br syiok mkn bersila kih2
Assalam, dah cnp resipi ni, rosemery pun dah ada, tunggu masa nak buat saje hehe, tq kongsi resipi ayam best ni
ReplyDeletesos mee goreng tue ape???
ReplyDelete@Aqilah Nordin
ReplyDelete'Kicap Mee' Brand Tamin