Monday, July 25, 2011

Ayam Grill Madu

Dah lama jugak teringin nak menerai resepi ni.Memula tengok kat myR rata2 menberi komen yang positif.Bahan2 pun sket n senang nak cari.Cara penyediaan pun teramatlah ringkas.Hmm cuba ajela...Kalau ikut resepi ayam ni diperap selama setengah jam aje.Tapi saya perap semalaman.Suma bahan marinate dah meresap ke dalam isi ayam.Hasilnya teramatlah sedap.Time dok bako tu berbau satu umah.Sampai anak2 tak sabar nak makan.Bila makan je terus buat komen hmmm sedaplah mama macam ayam Kenny Rogers. Si abah lak komen lagi sedap dari kenny Rogers lah...Siap minta soh wat lagik..pada hal yang dok makan tu xabes pun lagi heheheh..
 makan ayam je lah..nasi tak layan hehehe..
RESEPI AYAM GRILL MADU
By: Choppy myR
sumber: http://linapg.blogspot.com
  • 1 ekor ayam size M
  • 1 kiub ayam
  • 3 sudu besar kicap pekat manis
  • 3 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar sos mee goreng
  • 3 sudu besar madu
  • 4 ulas bawang putih(tumbuk)
  • 1in halia(tumbuk)
  • 1 sudu kecil lada hitam 
  • Sedikit olive oil

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Kemudian gaul dengan semua bahan-bahan di atas.
  2. Perap 30 minit atau lebih (sy perap semalaman).Kemudian bako dlm oven suhu 180 darjah selama 1jam
  3. saya lapik alumium foil atas dulang pembakar, pastu baru letak ayam.Lumurkan sedikit myk(olive oil)
  4. Curahkan sekali air lebihan perapan ayam tadi ke atas ayam.
  5. Selepas setengah jam, terbalikkan ayam dan simbah ayam dengan air perapan dalam dulang.Supaya ayam tidak kering.

    8 comments:

    Amie said... Balas

    assalamualaikum Lina,
    ayam tu nampak menyelerakan, rupa parasnya pun cantik.... baca resepinya macam mudah saja cara penyediaannya, macam kena cubalah resepi ni...

    Chik Mimi said... Balas

    alamak lina banyak yg terlepas ni,happy belated birthday Maisarah cayang next yr kita celebtare sama2 ye ,lina cantik ayam tu,

    Kak Rosaliza said... Balas

    Assalam, wah teguda betul ngan ayam panggang tu, mcm ayam golek pun ada...pas ni boleh buka kedai ayam golek hehehe

    Harap2 agar maisarah cpt keluar sepital ya,sian dak kecik tu

    Mama Hawa/Mama Nani said... Balas

    Salam Lina...
    menggoda betul tgk ayam grill madu. Kalau dimkn bersama salada mmg syiok sekali yum3x

    Zaliedana said... Balas

    Assalam kak lina,nmpak sedap ayam akak tuh,lagi lama perap lagi best kan,mmg ratah lagi sedap dari mkn ngan nasi kan..

    lina_pg said... Balas

    amie> mmg sedap ayam,nmpk rcp simple jerr tp rasa sedap sgt..

    chik mimi> besday gul demam la hari besday tuh..

    kak rosa> hehehe bleh meniaga ayam golek la bulan pose ni ki3..

    mamahawa> ayam grill sedap mkn ngan nasi atau mkn cenggitu jer..yang penting nk wat pun senang sgt

    CT> mmg betul tu..perap lagi lama, lagi sedap..suma bahan perap meresap masuk

    Qaseh Yana said... Balas

    salam. wah..nmpak sedap..nak cuba gak ni utk juadah berbuka.. nak tny, yg cara masakan no5 tu, maksudnya lps 30min bakar kita kuarkan balik ke.? pastu masukkn lg 30min?

    lina_pg said... Balas

    Qaseh Yana> wslm..ya lepas bako 30min terbalikkan ayam utk masak bahagian yg satu lagi.

    klik2 my nuff

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...