Thursday, February 21, 2013

Chilled Chocolate Cheese Cake In Jar

Assalamualaikum...
Akhirnya berjaya menemui jar idaman hati...comey tul balang2 ni suma.Bentuk 4 segi dan juga bulat senget tuh hahaha..Projek pertama ialah Chilled Cheese Cake.Resepi tokey kek Anna Qawina.Pernah wat sekali tapi versi dalam mangkuk sebab tak jumpa balang ni.Ehem..ehem yang nak mengorder ke?Hmm...nanti saya fikirkan..cubalah risik2 anto e-mail atau contact kat fb yea...
Ingatkan senang masuk dalam balang ni rupanya mencabar kesabaran jugak...sememeh jer hasilnya...
sedap neh..cam makan aiskrim yang tak cair..kelasss gitew...terliur tak?
Resepi Chilled Chocolate Cheesecake in Jar.  
Olahan Resepi : AnnaQawina
Sharing : lina pg

(make 4 jars 200ml)
Bahan-bahan :
  • 125g cream cheese, suhu bilik
  • 137g @ 1 bekas kecil yogurt
  • 30g gula kastor
  • 125g whipping cream, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak)
  • 1/2sdb + 1/2st gelatin Halagel
  • 2sdb air hangat

Chocolate Ganache : Cairkan dan biarkan menyejuk pada suhu bilik sebelum digunakan
  • 200 grm coklat masakan (lina pg gn Dark Coklat Semisweet)
  • 100 ml susu cair (lina pg gn whipping cream)
  • 1 sdt butter

Cara-cara :
  • Pukul cream cheese, gula kastor hingga sebati.
  • Masukkan yogurt, gaul rata.
  • Masukkan gelatin ke dalam bekas berisi air hangat. Biarkan 5 minit hingga kembang, cairkan secara double-boiler atau guna microwave-oven (on HIGH 3saat. kacau rata). 
  • Biarkan hingga ia suam, kemudian baru masukkan ke dalam adunan yogurt cheese. Gaul rata.
  • Perlahan-lahan kaup balikkan whipping cream yg telah dipukul kental tadi ke dalam adunan. NOTE: Pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk untuk elakkan adunan terus pekat bila ia bergaul dengan adunan bergelatin tadi. 
  • Kaup balik rata-rata, sedia untuk digunakan.
  • Sediakan jar @ bekas pilihan, paipkan@sudukan adunan cheesecake tadi ke dalam jar, lebih kurang 3@4 sudu besar, kemudian paipkan choc.ganache@apa2 filling kesukaan, seterusnya paipkan adunan cheese sekali lagi, buat sampai hampir penuh jar anda.
  • Sejukkan dalam peti sejuk paling kurang 4 jam atau lebih.
  • *Cake in jar ini boleh dimakan dengan menggunakan sudu, tak perlu letak base@kalau nak letak base bolehlah hancurkan apa2 biskut pilihan ataupun lebihan2 kek boleh juga diramas kasar & masukkan ke dalam jar sebelum diletakkan adunan cheese tadi.

13 comments:

atie @ ejay said... Balas

hmmm sedapnya:)

lina_pg said... Balas

@atie @ ejay
Sedap..cam makan aiskrim hihi

Asyifa Mustaffa said... Balas

sedapnya rasa msuk tekak....nak sebalang....:-)

faa.rosli said... Balas

tergoda sungguh! mintak sebotol nak buat bekpes boleh?hehehe

Gee® said... Balas

mabelesnya... nyum2x

lina_pg said... Balas

@Asyifa Mustaffa
Sedap..nyaman masuk tekak..tak yah kunyah dah kemam jer,terus telan haha

lina_pg said... Balas

@faa.rosli
Amek la sebalang...simpan makan petang karang na..

lina_pg said... Balas

@Gee®
so yummy..

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said... Balas

Alamak ni mesti nak kena try this weekend! Bookmarked kak!!! :)

Sedap betul...tak tahan air liur ni...hehe!

lina_pg said... Balas

@♥LOVE2COOK MALAYSIA♥
Superb Love...trust me

hana said... Balas

Salam na.... Alahai sedapnyerrr.... Nak cuba jugalah nanti.... Masuk list dulu... Hihihi

AZLINA said... Balas

Assalamualaikum Lina, amboi makkk..telan air liur tengok ciskek in jar tuu. akak pun dah lama teringin buat cake in jar ni tp so far x jumpa jar yg sesuai..Kek kat bwh tu pun mengancam, semakin cantik kek2 lina buat..memang kalau kat bakeri mahal bukan main..untung kalau reti buat sendiri..

Amie said... Balas

Tabik spring kak Lina! Cantiknya hasil kek in jar tu...sedap! Ada cheese.... kita memang gila cheese he he ehhhh.

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...