­
­
Cara Buat Udang Masak Kicap Chinese Style - TERATAK MUTIARA KASIH

Cara Buat Udang Masak Kicap Chinese Style

By LiNa_Pg - Thursday, March 27, 2025

 Assalamualaikum...

Masakan cina sesuatu yang sangat mudah dan tidak memerlukan bahan yang banyak dan tempoh memasak juga sangat cepat.Walaupun mudah tetapi rasanya tetap lazat dan menepati citarasa keluarga saya.Kalau selalunya udang cuma dimasak sambal, sama ada sambal udang udang petai dan sewaktu dengannya.Apa kata kita tukar selera buat udang chinese style pulak.Masakan cina selalunya menggunakan kaedah stir fry, kacau goreng siap.Tak perlu menumis terlalu lama dan tak payah berlama berkampung di dapur hehe.

Walaupun nama udang masak kicap tapi warna tak gelap sangat sebab tak ada kicap pekat

Udang Masak Kicap Chinese Style
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan A
7 ekor udang (saiz besar)
1 sb tepung goreng ayam

Bahan B (sos)
1 sb sos tiram
1 sk sos ikan
1 sb kicap cair
1 sb sos cili
2 sb kicap lemak manis
1 biji perahan jus limau kasturi
serbuk lada sulah
air

Bahan C
3 ulas bawang putih (cincang)
Hirisan cili merah dan cili hijau
Daun bawang/daun ketumbar
Minyak

Cara-Cara
  1. Gaulkan udang bersama tepung goreng ayam.Ketepikan sebentar.
  2. Satukan bahan b dan gaul sebati.Ketepikan.
  3. Panaskan minyak, goreng udang hingga masak, angkat dan toskan.Ketepikan.
  4. Keluarkan lebihan minyak, tinggal sedikit sahaja untuk menumis.
  5. Tumis bawang putih hingga garing, masukkan bahan sos dan tumis sekejap dan biarkan mendidih.
  6. Masukkan udang yang telah digoreng tadi.Gaul rata.Akhir sekali masukkan hiasan iaitu cili merah, cili hijau dan daun ketumbar.Tutup api, dah siap udang masak kicap.Selamat mencuba!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments