Assalamualaikum...
Hai semua hari ini lambat siket posting, baru berkesempatan untuk hadapa laptop.Resepi yang saya nak kongsikan ialah bendi goreng belacan.Rasanya ramai yang sudah pandai masak bendi style macam ni.Sekadar memberi idea bagi mereka yang masih buntu tak tahu nak masak apa untuk berbuka.Bendi goreng belacan ni sedap juga kalau nak meratah begitu sahaja.Sepanjang bulan ramadan ini, saya kurang siket pengambilan nasi, tetap ambil nasi tapi sekadar setengah senduk sahaja, kena makan banyak lauk dan sayur jadi tetap kenyang juga, yang herannya tak kurus-kurus pun juga menten gitu juga hahaha.
Okey la jom kita semak resepi bendi goreng belacan yang simple mudah dan sedap
Resepi Bendi Goreng Belacan
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan tumbuk
- 1 cm belacan
- 3 ulas bawang putih
- 1 ulas bawang merah
- 5 biji cili padi
- 1 biji cili merah (buang biji)
- 15 biji bendi potong serong
- 5 ekor udang (jika suka)
- 1 biji cili merah potong serong
- 1 sb sos tiram
- Sedikit serbuk pati ikan bilis
- Minyak
- Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga garing.
- Masukkan udang dan tumis sebentar.Kemudian masukkan sos tiram, serbuk pati ikan bilis dan tumis sebentar.
- Masukkan bendi dan hirisan cili merah.Kacau-kacau siap!
0 comments