Puding Roti Karamel

By LiNa_Pg - Wednesday, March 12, 2025

 Assalamualaikum...

Masih lagi dengan resepi berasaskan roti hehe.Nampaknya berturut-turut resepi roti keluar kat TMK ni.Bila sebut puding roti karamel mesti tidak asing lagi di kalangan blogger otai.Boleh dikatakan hampir kesemua blogger otai pernah mencuba resepi puding roti karamel ni.Saya sendiri pun sudah banyak kali ulang siar, cuma kali ini terajin siket buat video untuk tontonan di YouTube. 

Bagi sesiapa yang belum ada idea lagi juadah manisan untuk berbuka puasa petang ini, bolehlah cuba puding roti karamel.Rasa lebih kurang puding karamel biasa cuma tekturnya lebih 'firm' kerana ada roti yang memejalkan tektur puding.Lagi satu puding ini menjimatkan telur.

Makan sejuk-sejuk memang nikmat betul
Resepi Puding Roti Karamel
by @malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
TT : kak rosa 
Bahan A (gula hangus)
3 sb gula kastor

Bahan B
4 keping roti
1 cawan susu cair
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat manis (boleh lebihkan jika suka manis)
4 biji telur gred C
1 sk esen vanilla

Cara-cara
  1. Buka api kecil, letak loyanag 8inci dan masukkan gula kastor.Kalau nak guna gula pasir pun boleh.Biarkan gula mencair dan lenggang-lenggangkan loyang supaya memenuhi dasar loyang dengan gula hangus.Tutup api dan ketepikan gula hangus tadi.
  2. Siat-siat/carik-carikkan roti ke dalam blender, masukkan susu cair, air suam ,susu pekat manis, telur dan esen vanilla.Kisar hingga halus.
  3. Masukkan ke dalam loyang berisi gula hangus tadi.Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 40min (atau hingga masak).Pastikan air dalam pengukus telah mendidih terlebih dahulu sebelum mula mengukus.
  4. Setelah puding masak, biarkan sejuk sepenuhnya, barulah diterbalikkan dan keluarkan dari loyang.Potong puding mengikut kreativiti masing-masing.Puding roti karamel sedia dihidang.Selamat mencuba.
  5. Video tutorial boleh klik butang PLAY papapran di bawah.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments