Assalamualaikum..
Begitu cepat masa berlalu, sedar tak sedar dah masuk hari ke-12 kita semua menjalani ibadah puasa.Bagaimana dengan menu berbuka puasa hari ini?Sudah ada idea ke nak masak apa?Kalau belum ada idea, apa kata cuba buat ayam cili santan ini.Resepi agak viral juga di TikTok.Ianya seakan masak lemak cili padi tapi tidak berkuah.Memang sedap makan dengan nasi panas.Resepi pun mudah sahaja dan tidak menggunakan banyak bahan.
Ayam Masak Cili Bersantan
by @Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-bahan
10 ketul ayam
5 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
5 biji cili padi (kisar)
3 biji cili merah (kisar)
1 batang serai (ketuk)
1 sk gula merah
2 asam keping
200ml santan
3 helai daun limau purut
Garam
Serbuk kunyit
Minyak
Air
Cara-cara
- Perasakan ayam dengan garam dan serbuk kunyit.Ketepikan sebentar.
- Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili merah dengan sedikit air.
- Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak.Angkat dan ketepikan sebentar.
- Keluarkan lebihan minyak dan tinggal sedikit sekadar untuk menumis.Masukkan serai , bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.Kemudian masukkan gula merah, sedikit serbuk kunyit (unruk naikkan seri tumisan), asam keping, Tumis sebentar.
- Masukkan santan, ayam yang telah digoreng tadi dan daun limau purut. Gaul rata dan reneh hingga kuah pekat.Tektur ayam cili bersantan ini seakan rendang.Dah siap ayam cili santan.Selamat Mencuba.
0 comments