Akok Roti Sedap Dan Mudah

By LiNa_Pg - Monday, March 10, 2025

 Assalamualaikum...

Hai semua, masih lagi dengan resepi berasaskan roti, kalau sebelum ini roti sira mungkin ramai yang tidak mengetahui kewujudan kuih atau dessert sira roti yang terkenal di negeri Kelantan.Kali ini kuih akok pulak.Kalau akok kedut atau akok biasa, sudah semestinya ramai yang pernah makan kuih akok.Tetapi kali ini kita buat versi fusion kuih akok tetapi menggunakan roti menggantikan tepung gandum.Kalau ada roti yang tak habis makan atau roti yang tak tahu dah nak buat apa?Haaa bolehlah mencuba resepi akok roti ini.Kali ini saya buat cara short cut sahaja menggunakan cup cake maker.Lebih cepat dan mudah.Kalau nak guna oven pun boleh juga saya pernah buat sebelum ini menggunakan oven.Boleh klik kat SINI

Beginilah hasilnya.Kali ini saya guna 4 keping roti sekali dengan bahagian kepala roti tu.Nampak tebal siket la kuih akok ni.

Kuih Akok Roti 
by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
bahan A
2 keping nisan kerek/gula melaka
1 cawan air
2 helai daun pandan
sedikit garam

bahan B
4 keping roti
air gula nisan (dari bahagian A)
4 biji telur (gred b)
1 cawan santan pekat
sedikit minyak

Cara-cara
  1. Satukan bahan A dan masak hingga gula nisan hancur/larut.Keluarkan daun pandan dan biarkan larutan air gula sejuk/suam sedikit.
  2. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam blender.Tapiskan air gula nisan ke dalam blender.Masukkan telur dan santan.Kisar hingga halus.Tuang ke dalam bekas/jug.
  3. Sapu acuan cup cake maker dengan sedikit minyak dan pre heat sekejap.
  4. Setelah Trio cup cake maker panas, tuang adunan ke dalam acuan.Tuang 3/4 acuan sahaja supaya kuih akok dapat mengembang dengan cantik.JANGAN tuang terlalu penuh.Boleh dengar ada bunyi desir semasa menuang adunan.Itu menandakan acuan telah panas.
  5. Biarkan kuiha akok masak, boleh dengar ada bunyi 'kuih mengembang memenuhi ruang acuan' rujuk di video youtube.Setelah dengar bunyi tersebut, buka cup cake maker dan keluarkan kuih.
  6. Ulang proses membakar kuih hingga adunan habis.Pastikan setiap kali menuang adunan, acuan MESTI dipanaskan semula.
  7. Untuk video tutorial tonton di Youtube Malina Lina Pg

  • Share:

You Might Also Like

0 comments