Assalamualaikum...
Sedar tak sedar dah hampir pukul 2pm, sebelum masuk dapur memasak juadah untuk berbuka, kita hadap laptop sekejap untuk update resepi-resepi yang mungkin boleh memberi idea kepada kaum ibu di luar sana.Resepi kali ini lain siket dari biasa dan saya sendiri pun pertama kali mencubanya.Rasanya sedap seakan kari/gulai orang kita tetapi tidak menggunakan santan sebaliknya menggunakan yogurt.Rasa pedas, lemak yang seimbang memang sedap makan bersama nasi putih atau nasi berperisa.
Resepi Ayam Bhuna Masala
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-bahan
10 ketul ayam
7 ulas bawang merah (hiris)
1 akar ketumbar
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
1 buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 helai daun bay
2 biji buah tomato (potong dadu)
2 sb rempah kari
1 sk serbuk jintan manis
1 sk serbuk masala
1 sk serbuk ketumbar
1 sk serbuk cili
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 cm halia (tumbuk)
1 cup kecil yogurt (130g)
Garam dan perasa (jika suka)
Minyak
Hirisan daun ketumbar
Cara-Cara
- Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang merah, akar ketumbar, kulit kayu manis, buah pelaga,bunga cengkih dan daun bay.Tumis hingga terbit bau dan bawang sedikit layu.Kemudian masukkan buah tomato tumis lagi hingga tomato lembut.
- Kemudian masukkan semua rempah iaitu rempah kari, serbuk jintan manis, serbuk masala, serbuk ketumbar, serbuk cili dan garlic ginger paste (bawang putih dan halia yang ditumbuk).Tumis sekejap dan masukkan sedikit air supaya tumisan tidak hangus.Teruskan menumis hingga pecah minyak.
- Masukkan ayam, gaul rata dengan tumisan, tutup periuk/kuali untuk kecutkan ayam.
- Setelah ayam kecut, masukkan yogurt, garam dan perasa (jika suka) gaul rata.Kemudian tambah air sama paras dengan ayam.Gaul sekejap kemudian tutup periuk dan biarkan ayam empuk.Kacau sekali sekala untuk elakkan ayam hangus di bahagian dasar periuk.
- Setelah ayam empuk, tabur hirisan daun ketumbar.Ayam Bhuna Masala siap dihidang.Selamat Mencuba!
1 comments
SA nak cuba la buat ayam bhuna ni sis....nampak senang dan bahan pun mudah nak cari
ReplyDelete