Cara Buat Bendi Goreng Bercili Mudah Dan Sedap | Tips Bendi Kurang Berlendir
Assalamualaikum...
Hai semua bertemu kembali, salam pagi Rabu, hari ini saya nak kongsikan satu resepi sayur yang sangat mudah dan mungkin ramai yang tahu cara membuatnya iaitu bendi goreng bercili atau bendi goreng telur.Saya merupakan penggemar sayur bendi, boleh dikatakan setiap minggu akan beli bendi dari pasar.Selalunya bendi saya masak dengan gulai/kari ikan, kadang-kadang buat asam rebus, cabai picit dan pelbagai jenis resepi sahaja.Bagi saya lendir bendi tidak menjadi masalah dan sebenarnya lendir bendi ada banyak manfaatnya juga. Apabila ada follower yang bagitahu dia teringin nak mencuba resepi-resepi yang saya kongsikan tetapi beliau tidak suka bendi yang berlendir, saya kongsikan tips untuk hilangkan/kurangkan lendir bendi.Sebenarnya bendi ini sangat sensitif dengan air.Antara tips yang paling simple sekali ialah cuci atau basuh bendi terlebih dahulu sebelum potong terutamanya untuk buat sayur goreng dan peralatan memotong juga mestilah kering.Kalau basah atau ada air, bendi akan cepat cenderung untuk mengeluarkan lendir.Semasa proses memasak juga JANGAN masukkan air untuk membuat sayur goreng.Satu lagi tips ialah setelah potong bendi perah sedikit jus lemon atau limau nipis dan gaulkan dengan hirisan bendi.InsyaaAllah bendi akan kurang berlendir.Jangan risau insyaaAllah sayur kita tidak masam.Jangan la perah banyak sangat.Kena agak-agak la sukatan tu.Haaa dah tau tips untuk kurangkan lendir, lepas ini boleh la cuba bendi goreng ini.
- Potong serong bendi dan perah jus limau nipis.Gaul rata dan biarkan sebentar.Tak perlu bilas.
- Tumbuk udang kering, bawang putih,cili padi dan cili merah.
- Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hingga garing.
- Apabila tumisan garing, tolak ketepi sedikit untuk bagi ruang kepada telur.Masukkan telur, biarkan telur beku/set sedikit barulah kacau dan gaulkan dengan tumisan.
- Seterusnya masukkan sos tiram, tumis sebentar.Kemudian masukkan bendi dan serbuk pati ikan bilis.Gaul rata dah siap.Selamat mencuba!
- Video tutorial dan tips memilih bendi muda dan rangup boleh tonton di YouTube Malina Lina Pg
0 comments