­
­
Mi Rebus Kelantan Simple Tapi Sedap Sangat - TERATAK MUTIARA KASIH
Mee

Mi Rebus Kelantan Simple Tapi Sedap Sangat

By LiNa_Pg - Tuesday, March 18, 2025

 Assalamualaikum...

Dah masuk minggu ketiga kita semua berpuasa, selera makan pun makin berkurang.Selalunya kalau berbuka makan nasi atau sesuatu yang heavy, apa kata kita tukar selera makan yang lite-lite pulak insyaaAllah berselera makan.Bagi mak-mak yang belum ada idea nak masak untuk berbuka puasa petang ini, apa kata cuba buat mi rebus kelantan atau nama lain ialah mi kuah kelantan.Berbeza dengan mi rebus negeri lain, mi kuah kelantan ialah 'sup' dan berwarna jernih.Tidak sama dengan mi kuah utara atau selatan yang pekat dan berwarna merah/jingga.

Selalunya mi kuah kelantan banyak dijual di kedai-kedai makan dan juga di dalam pasar besar (pasar basah tetapi di bahagian atas).Mi kuah dimeriahkan dengan pelbagai jenis lauk contohnya daging, ayam, udang,sotong dan telur.Kalau kita masak sendiri bolehlah guna a[a sahaja yang ada dalam peti ais.Kalau ada isi ayam, boleh gunakan isi ayam dan telur sahaja sudah memadai.Paling penting kuahnya mestilah sedap untuk kita hirup.

Bahan wajib dan tidak boleh skip ialah halia dan lada hitam.2 item ini kena masukkan untuk seimbang rasa dan memberi rasa 'panas' dalam sup.Barulah sedap untuk kita hirup sampai kuah licin.


Resepi Mi Kuah Kelantan / Mi Rebus Kelantan.
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan bahan
3 ulas bawang merah (tumbuk)
1 ulas bawang putih (tumbuk)
½ cm halia (tumbuk)
1 biji cili padi (jika suka pedas) tumbuk 
sedikit lada hitam (tumbuk)
1 bungkus mi kuning (400g)
1 ketul dada ayam (dadu) 
daging/sotong/udang ( jika ada) 
1 keping fish cake
4 biji telur
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap cair 
1 sudu kecil serbuk pati ayam
serbuk lada sulah
sawi dan karot
limau nipis 
air secukupnya 
sedikit minyak 


Cara-Cara 
  1. Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk, tumis hingga garing
  2. Masukkan isi ayam dan hirisan daging(atau apa sahaja lauk) tumis sekejap hingga isi ayam masak. 
  3. Masukkan air untuk kuah, masukkan sos ikan, kicap cair, serbuk pati ayam, karot dan fish cake. Biarkan kuah mendidih. 
  4. Pecahkan telur satu persatu dan biarkan telur masak/set
  5. Kemudian masukkan mi kuning dan sayur sawi. 
  6. Masukkan serbuk lada sulah dan perah jus limau nipis. Mi Kuah Kelantan siap dihidang. 
Option:
Boleh juga celur mi kuning dan hidang berasingan. Supaya mi tidak kembang. 

  • Share:

You Might Also Like

0 comments