­
­
Udang kam Heong Mudah Dan Sedap - TERATAK MUTIARA KASIH

Udang kam Heong Mudah Dan Sedap

By LiNa_Pg - Tuesday, March 25, 2025

 Assalamualaikum...

Kembali dengan resepi udang, masih ada beberapa resepi udang yang belum sempat saya update dalam blog TMK ini.Tak tahulah sempat habis semua resepi atau tidak.Nampak gaya kena carry fwd lepas raya juga ni.Itulah kan sebelum ini masuk tahun 2025 langsung tak buat sebarang posting dalam blog TMK, bila bulan ramadan kelam kabut update blog akn dah tak sempat.Udang masak kam heong ini hasil inspirasi ayam masak kam heong, kita tukar haiwan sahaja dari ayam kepada udang.Proses memasak udang ini tidak begitu lama kerana udang cepat masak, seronok tengok bila anak-anak berselera makan udang.Rencah-rencah tumisan yang bersalut kat udang tu gaul-gaul dengan nasi panas memang nikmat betul.Haaa kalau belum ada idea nak masak apa petang ni , boleh cuba resepi udang masak kam heong, tak ada udang gantikan dengan ayam.


Udang Masak Kam Heong
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan A
16 ekor udang
garam
serbuk kunyit
serbuk cili
tepung jagung 

Bahan B
1 sb udang kering (rendam hingga lembut) - kisar
5 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 batang serai
Daun kari
1 sb rempah kari ikan
3 sb sos tiram
2 sb sos cili
1 sk sos tomato
1-2 sb kicap lemak manis
Bawang besar
Cili padi, cili merah, dan daun bawang
Serbuk lada sulah
Minyak
Air

Cara-cara
  1. Satukan semua bahan A dan gaul rata.Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan minyak, goreng udang hingga masak, angkat dan ketepikan.Keluarkan lebihan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  3. Masukkan serai, bahan kisar dan tumis hingga garing.Setelah garing masukkan serbuk kari dan daun kari, tumis hingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap lemak manis dan sedikit air.Tumis sekejap dan biarkan kuah mendidih.
  5. Masukkan hirisan bawang besar, cili padi dan cili merah.Gaul sekejap hingga bawang layu.
  6. Akhir sekali letak sedikit lada sulah dan tabur hirisan daun bawang untuk hiasan.Dah siap udang masak kam heong.Selamat mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. sedap nampak nie...tak pernah lagi linda try masak kam heong nie

    ReplyDelete