Assalamualaikum...
Dah lama juga saya tak memasak ayam ungkep ini, saya pun dah lupa bila kali terakhir masak resepi nan satu ini.Apabila ayam ungkep lalu lalang kat fyp TikTok, saya pun buat jugaklah sekadar menambah koleksi resepi ayam.Kita pelbagaikan menu.Ayam ungkep ini ada pelbagai versi ada yang menggunakan santan untuk naikkan rasa lemak, ada juga setengah tempat/kawasan tidak menggunakan santan.Resepi saya tidak menggunakan santan tetapi saya masukkan satu bahan rahsia untuk naikkan rasa lemak ungkep ayam ini iaitu buah keras yang dikisar bersama bahan tumisan yang lain.Rasa lemaknya agak lite dan sedap pada tekak saya.
Ungkep bermaksud 'tutup' jadi ayam masak ungkep ialah ayam yang dimasak secara bertutup.Kita kena cover/tutup periuk semasa proses memasak dan saya gunakan api kecil sahaja semasa proses mereneh hingga ayam empuk.
- Perasakan ayam dengan garam dan serbuk kunyit.Gaul rata dan ketepikan dahulu sebentar.
- Satukan semua bahan kisar dan kisar bersama sedikit air.
- Panaskan minyak, masukkan serai dan bahan kisar, tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan ayam yang telah diperap tadi, gaul rata dengan bahan tumisan.Tutup periuk dan biarkan ayam kecut.
- Tambah air dan asam keping,gaul rata dan tutup periuk.Sambung reneh hingga ayam empuk.
- Setelah ayam empuk masukkan kiub ayam (atau garam) dan cili padi.Sambung reneh hingga kuah pekat.Kemudian bolehlah tutup api.Ayam Masak Ungkep sedia dihidang.Selamat Mencuba!
1 comments
Teringin lama dah, tapi tak dapat2 lagi ungkep ni hehe
ReplyDelete