­
­
Ayam Phat Phet Mudah dan Sedap - TERATAK MUTIARA KASIH

Ayam Phat Phet Mudah dan Sedap

By LiNa_Pg - Sunday, March 23, 2025

 Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu buat semua.2 hari tak sempat nak update blog, biasalah bila hujung minggu sibuk siket membeli barang basah, dan kena selesaikan semua barang basah stok seminggu.Dah selesai semua terasa penat memang tak sempat nak update blog.Macam mana dengan persiapan raya, dah ready ke semua?Tahun ini kami buat persediaan awal, baju raya dah beli sebelum puasa lagi, bukan apa selalunya habis baju yang kita berkenaan, kadang dah cantik tapi saiz pulak tak ada.Hurmm tahun ini nampak gayanya tak ada biskut raya di dapur TMK sebab oven yang biasa saya guna tu meragam.Memang ada oven lain tapi belum kenal 'hati budi' lagi.Kang macam-macam karenah dan 'peel' lingkup pulak biskut raya saya nanti.Lagipun dah tak berapa hari je lagi nak raya, memang tak sempat la.Walaupun tak ada resepi hari tapi kalau rendang dan lauk-lauk biasa tu insyaaAllah saya tetap akan update di dapur TMK.

Berbalik kepada tajuk entry hari ini iaitu ayam phat phet, saya buat versi merah.Lauk ini sangat senang dan menjimatkan masa kerana lauk dan sayur dalam satu hidangan.Kalau mak-mak yang tak cukup masa sediakan hidangan berbuka boleh cuba resepi ayam phad phet ni, mudah dan sedap.


Resepi Ayam Phet Mudah Dan Sedap
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan A
10 ketul ayam 
garam dan serbuk kunyit

Bahan B (kisar)
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1cm halia
1 cm kunyit hidup
4 biji cili padi 
2 biji cili merah
air

Bahan C 
1 batang serai
3 helai daun limau purut
2 asam keping
3 sb sos tiram
1 sb sos ikan
sedikit air
kacang panjang
minyak untuk menggoreng

Cara-Cara
  1. Perasakan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.Gaul rata dan ketepikan sebentar.
  2. Panaskan sedikit minyak, goreng ayam hingga masak.Angkat dan ketepikan.Keluarkan lebihan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  3. Masukkan bahan kisar, serai , daun limau purut dan asam keping.Tumis hingga pecah minyak.
  4. Setelah tumisan pecah minyak, masukkan sos tiram dan sos ikan.Tumis sebentar untuk naikkan aroma sos tiram.Kemudian masukkan sedikit air dan biarkan mendidih.
  5. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.Gaul rata ayam dengan tumisan.
  6. Akhir sekali masukkan kacang panjang.Gaul sekejap sahaja (Lina Pg suka tektur kacang panjang yang masih crunchy).Tutup api dan siap Ayam Phat Phet. Selamat Mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments