Assalamualaikum...
Kebelakangan ini kerap juga masak udang sebab dah jadi favourite Maisarah, kalau sebelum ini dia tak pandang langsung lauk lain selain ayam.Saya pun lupa macam mana dia boleh tersuka makan udang.Sebelum ini saya sangkakan dia susah nak kopek udang, pernah juga saya offer untuk kopek udang untuk dia tetapi tetap tak nak makan.Bukan setakat tak nak makan, cuba satu bite pun tak mau aduh pening mama dia.
Sekarang ini boleh dikatakan hampir setiap minggu si abah akan belikan udang untuk anak-anak.Itupun kalau udang nampak fresh, kalau dah lembik-lembik memang kena lupakan je la.Apabila dah setiap minggu masak udang selalunya sambal udang la, mama pun tak tau nak reka resepi apa.Kalau buat udang telur masin, dia tak berapa suka pulak yang jenis creamy macam tu.Terpaksalah masak yang lite-lite asalkan dia makan.Tunggu la ya nanti berderet resepi udang keluar dalam blog TMK ni.Semua dah ada dalam folder dan di youtube sana, kita tunggu turn untuk masuk dalam blog je.Kena selang seli lauk dan kuih.Lauk pun kena pelbagai jugak la.
- Perasakan udang dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.Gaul rata dan ketepikan sebentar.
- Panaskan minyak goreng udang hingga masak, angkat dan ketepikan sebentar.
- Keluarkan lebihan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.Tumis bahan cincang (bawang merah dan bawang putih)hingga garing.
- Setelah garing, masukkan sos tiram, sos cili, tumis sekejap kemudian masukkan sedikit air.Biarkan hingga mendidih.
- Setelah mendidih, masukkan hirisan bawang besar, cili padi (untuk hiasan) dan renjis sedikit kicap lemak manis (untuk naikkan seri masakan).Gaul rata dan biarkan bawang layu.Dah siap!Selamat Mencuba.
0 comments