­
­
cara buat jemput-jemput pisang rangup di luar lembut di dalam - TERATAK MUTIARA KASIH

cara buat jemput-jemput pisang rangup di luar lembut di dalam

By LiNa_Pg - Monday, March 24, 2025

 Assalamualaikum...

Kembali bersiaran di pagi Isnin, hari ini saya kongsikan satu resepi mudah bukan sahaja untuk bulan ramadan tetapi sentiasa sedap sepanjang masa iaitu cekodok pisang atau jemput-jemput pisang.Rasanya ramai yang sudah pandai buat jemput-jemput ini.Walaupun nampak mudah tetapi ramai juga yang fail untuk dapatkan bentuk cekodok yang bulat dan lembut.Kalau saya sendiri suka jemput jemput pisang yang mewah dengan pisang dan kurang bertepung, akan tetapi bila kurang tepung, cekodok akan kemek bila dan siap goreng.Boleh putus selera juga kan tengok rupa paras cekodok yang leper walaupun rasanya tetap sedap.Satu lagi punca jemput-jemput menjadi kurang enak ialah apabila hasilnya serap minyak.Jadi ratio tepung dan pisang kenalah seimbang.Barulah dapat memastikan kemenjadian cucur pisang kita.

Untuk resepi jemput-jemput pisang ini, saya menggunakan pisang kebatu yang saya dah lenyek siap-siap dan frozenkan.Sukatan untuk cekodok ini ialah 3 cawan pisang (yang siap lenyek)Kuantiti berapa biji saya tak pasti sebab semasa proses frozen tu, ada pisang yang buruk, ada yang boleh guna separuh biji sahaja setengah kena buang.Saya guna yang mana elok je, lenyek dan sukat dalam cawan metrik.


Resepi jemput jemput pisang mudah dan sedap
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
bahan-bahan
3 cawan pisang
1 cawan tepung gandum
4 sb gula (bergantung kepada jenis pisang)
1/2 sk baking powder
1/2 sk baking soda
1 sb marjerin
garam
minyak untuk menggoreng

Cara-Cara
  1. Masukkan pisang lenyek ke dalam mangkuk, masukkan gula (kuantiti gula bergantung kepada jenis pisang, kalau guna pisang emas/berangan kena kurangkan gula), sedikit garam, serbuk penaik dan serbuk soda bikarbonat.Gaul rata hingga nampak sebati dan gula larut dalam adunan.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum dan gaul rata.Akhir sekali masukkan marjerin dan sebatikan dalam adunan.Perap selama 10min supaya baking powder dan baking soda dapat bertindak balas dan jemput-jemput dapat kembang semasa menggoreng.
  3. Panaskan minyak dan goreng jemput-jemput hingga kuning keemasan.Angkat dan toskan minyak.Dah siap jemput jemput pisang.Selamat Mencuba!Video tutorial sila tonton di YouTube Malina Lina Pg

  • Share:

You Might Also Like

1 comments