Cara membuat Rendang Daging Mudah Dan Sedap Tidak Menggunakan Rempah
Assalamualaikum...
Tercari-cari resepi rendang yang mudah?Kali ini saya akan kongsikan resepi rendang yang paling simple sangat sesuai untuk beginner yang baru-baru belajar untuk membuat rendang.Resepi rendang kali ini tidak menggunakan sebarang rempah, termasuk rempah 4 sekawan.Kita hanya gunakan bahan masakan yang basic sahaja iaitu bawang, halia, lengkuas, cili kering, santan, kerisik dan daun kunyit.Kebiasaannya bila tiba musim perayaan, daun kunyit kehabisan stok.Jangan risau masih ada option lain dengan menggunakan daun limau purut.Kalau nak guna kedua-dua jenis daun ini pun boleh juga.Sekarang ini harga santan segar semakin mahal, kalau di tempat saya harga belas-belas ringgit juga untuk sekilo.Kalau dulu cuma RM8 sekilo.Pendek kata serba serbi naik harga.Kalau susah nak dapatkan santan segar boleh juga guna santan kotak.Resepi yang saya kongsikan ini untuk sekilo daging jadi gunakan 400ml santan kotak dan tambah air secukupnya semasa mereneh hingga daging empuk.Satu lagi tips kalau guna santan kotak, pastikan semua bahan ditumis hingga betul-betul pecah minyak dan penggunaan minyak kena lebih sedikit supaya hasil rendang akan cantik.Jika menggunakan santan segar penggunaan minyak tidak perlu banyak kerana santan dan kerisik akan terbit minyak dengan sendiri dan hasilnya rendang akan cantik berlinang.
Resepi rendang ada pelbagai jenis, boleh sahaja kalau nak lebur semua sekali bahan dan reneh sampai daging empuk dan rendang pecah minyak.Nasihat saya kalau untuk hari raya seeloknya tumis dahulu semua bahan supaya rendang lebih tahan lama dan lambat basi.Rendang ini kalau nak buat awal pun boleh, sejukkan terlebih dahulu dan frozenkan.Apabila pagi raya, keluarkan dan reheat sahaja.
Rendang ini saya buat sebelum puasa lagi, dan saya frozenkan dalam beberapa bekas.Boleh ambil dan reheat mengikut kadar yang kita nak makan atau hidangkan kepada tetamu.Zaman sekarang kita nak yang mudah, kalau semuanya nak buat malam raya akan kelam kabut dan badan pun akan letih, hilang mood pagi raya bila badan dah lemau.Sama juga dengan ketupat, sebelum puasa saya dah buat siap-siap dan frozen kan juga.Tetapi untuk ketupat saya tak shoot video kerana proses pembuatan ketupat mengambil masa yang lama, tangan pun dah comot berminyak semasa proses membalut, susah siket nak record.Bagi yang follow IG saya, mesti sudah nampak saya share gambar ketupat palas di IG story.Sehari suntuk jugaklah buat ketupat.Kalau bulan puasa, mau tumbang dibuatnya haha.
Kepada mereka yang nak pulang ke kampung halaman, berhati hati memandu dan ingatlah orang tersayang.Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung TMK ❤️
Walaupun menggunakan bahan simple tapi tetap menyelerakan.
Resepi Rendang Daging Paling Simple
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
bahan-bahan
- 1 kg daging pejal
- 1 kg santan (LiNa Pg guna santan segar)
- 20 tangkai cili kering (rebus hingga lembut)- (kisar)
- 2 labu bawang besar (kisar)
- 15 ulas bawang merah (kisat)
- 5 ulas bawang putih (kisar)
- 5 batang serai (kisar)
- 1 cm halia (kisar)
- 1 cm lengkuas (kisar)
- 5 batang serai (ketuk)
- 100g kerisik
- 2 asam keping
- 1 sb gula merah
- Daun kunyit atau daun limau purut
- Minyak masak
- Garam dan serbuk perasa (jika suka)
- Panaskan minyak, tumis serai dan bahan kisar hingga terbit bau.Kemudian masukkan gula merah, tumis hingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan daging, gaul rata daging bersama bahan tumisan.
- Seterusnya masukkan santan, asam keping, kerisik dan gaul rata.Tutup periuk dan reneh hingga daging empuk.
- Sekali sekala kacau rendang supaya tidak hangus di dasar periuk dan teruskan reneh.Saya gunaka api kecil sahaja semasa merendang.Saya suka teknik slow cooker macam ini walaupun mengambil masa yang lama tetapi daging akan empuk secara perlahan-lahan.
- Semakin lama kita mereneh, warna rendang akan semakin cantik.Setelah hampir 2 jam mereneh dan daging empuk, bolehlah masukkan garam, perasa (jika suka) dan daun kunyit.Gaul rata dan teruskan reneh hingga daging betul-betul empuk.
- Setelah daging betul-betul empuk, boleh tutup api dan tabur daun kunyit untuk hiasan.Tempoh saya memasak rendang ini lebih kurang 3.30-4jam.Jika suka rendang yang lebih kering, kena reneh lebih lama.Saya suka rendang yang basah-basah.
- Untuk video tutorial, klik butang PLAY
0 comments