Assalamualaikum...
Salam Jumaat penuh berkah, semoga kita mendapat rahmat di bulan mulia ini.Matahari makin meninggi sudah semestinya kaum ibu pening kepala memikirkan juadah untuk berbuka puasa.Teringat semasa masih kecil kalau bulan puasa, salah satu menu wajib untuk berbuka dan bersahur ialah daging goreng kunyit.Tetapi sekali sekala arwah akan buat daging kunyit yang diletakkan kicap dan buat basah-basah sedikit.Sekarang ini viral pulak dengan nama baru iaitu daging goreng berlengas.
Kita pun terjebak jugak la dengan resepi tersebut padahal sama jer dengan daging goreng kunyit letak kicap dan sos tiram basah-basah siket haha.Bagi mak-mak yang belum ada idea lagi nak masak apa, bolehlah mencuba resepi daging berlengas ini.Kalau nak guna ayam pun boleh tetapi kena potong kecil-kecil.Barulah nampak berlengas dan dapat bersalut dengan ayam.Nak guna bahagian dada ayam pun boleh, bahagian bertulang pun boleh.Syaratnya potong kecil.
- Satukan daging, garam dan serbuk kunyit dalam kuali.Goreng hingga air daging keluar.
- Tambah air secukupnya dan reneh hingga daging empuk.
- Setelah daging empuk dan air daging hampir kering, boleh masukkan minyak masak, sos cili, sos tiram, kicap lemak manis,sedikit serbuk pati ayam dan hirisan bawang holland.Jika suka boleh tambah sedikit air supaya hasilnya daging akan basah-basah.Gaul rata semua bahan ini dan biarkan bawang sedikit layu.
- kemudian masukkan hirisan cili merah dan cili padi untuk hiasan.Gaul sebentar dan tutup api.Daging Goreng berlengas sedia dihidang.Selamat mencuba.
0 comments