­
­
Cara Buat Asam Rebus Ikan Kembung Mudah dan Sedap - TERATAK MUTIARA KASIH

Cara Buat Asam Rebus Ikan Kembung Mudah dan Sedap

By LiNa_Pg - Thursday, March 20, 2025

 Assalamualaikum...

Puasa dah masuk minggu ketiga, kadang tak tahu dah nak masak apa untuk berbuka.Kalau selalunya makan yang heavy sekali sekala kita tukar selera kepada sesuatu yang lite.Buat asam pedas utara atau asam rebus kuah ceroi (ceroi=cair-cair).Kalau asam pedas selatan kuahnya pekat likat macam tu.Rasa masam pedas-pedas manja sangat sesuai untuk berbuka puasa.Tambah pula kalau ulam-ulam, sambal belacan dan ikan goreng.Boleh bertambah nasi dibuatnya.Kalau di rumah saya, juadah berbuka sama sahaja dengan lauk lunch atau makan malam tiada apa yang istimewa cuma ada kuih manis dan air manis sahaja.Kebiasaan di rumah saya kalau makan tengah hari atau makan malam cuma air kosong sahaja.Tetapi bulan puasa adalah air manis.Lauk-lauk pulak cuma lauk biasa, tak ada ayam golek dan sebagainya.Berbuka sekadar mengalas perut janji kenyang.

Kalau ada daun cenohom (daun kesum)lagi sedap.Bunga kantan bukan suatu yang wajib bagi asam rebus utara.Nak letak pun boleh nak skip pun tidak mengapa.

Resepi Asam Rebus Ikan Kembung 
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan kisar
3 biji cili merah
2 biji cili padi merah
1 cm belacan
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm kunyit
Air

Bahan lain
6 ekor ikan kembung
1 batang serai
3 asam keping
1 sb sos ikan
bendi secukupnya
garam dan perasa
air secukupnya

Cara-Cara
  1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk, masukkan serai dan reneh hingga air hampir kering.Kaedah ini untuk memastikan cili masak dan pijar/bau bawang itu hilang.Barulah sedap untuk kita hirup kuah.
  2. Setelah air hampir kering, masukkan air secukupnya (untuk kuah), asam keping, garam , perasa dan sos ikan.Biarkan kuah mendidih terlebih dahulu.
  3. Pastikan kuah sesedap rasa.Tambah apa yang patut dan seimbangkan rasa terlebih dahulu sebelum masukkan ikan.Kemudian masukkan ikan dan bendi.Tutup periuk, biarkan ikan masak dan bendi lembut sedikit.Tutup api dah siap asam rebus ikan kembung.Selamat Mencuba!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments