Assalamualaikum...
Kembali bersiaran di Pagi Jumaat..Resepi Kambing lagi..Kali ni Kambing Masala la pulak heheee...Kat rumah saya ni sentiasa ada stok Kambing, jadi kena selalu2 tukar dan mencuba resepi2 baru berasaskan kambing.Dulu saya bukanlah penggemar Kambing.Tapi sekarang ni pantang nampak Daging Kambing yg elok2 bongkahnya mesti beli sekilo dua..buat stok..tu yg tiap2 minggu kuar menu kambing.Kalau menu ulangan tu x snap la gambar..Kalau resepi baru..wajib la buat n3 hehee..Kambing Masala ni saya gandingkan dengan NASI MANDY AYAM yg aritu punya..(saja nak habaq tinggai gambaq saja la ni hehee)
Sumber Love2Cook
- 1kg daging kambing
- Daging kambing dibersihkan dan dipotong kiub saiz sederhana besar...gaul ngan 1 sk serbuk kunyit dan sedikit garam...rebus dgn sedikit air hingga air kurang/ daging cukup masak.
- LiNa Pg skip proses ni, guna kaedah renehan hingga daging empuk
- 7 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1-2 batang serai
- 1 labu bawang besar (dihiris)
- 2-3 biji ubi kentang (potong empat)LiNa Pg xletak xde stok
- 2 biji tomato (potong empat)
- 2 tangkai cili hijau (dihiris)
- 2 tangkai cili merah (dihiris)
- 1 tangkai daun kari Sedikit daun ketumbar
- 1 keping kayu manis
- 1 bunga lawang
- 3 biji pelaga (LiNa Pg gn 1 bj)
- 1/2 sk biji jintan putih
- 1/2 sk biji jintan manis
- 1/2 sk serbuk ketumbar
- 3 sb serbuk cili (boleh lebih/ kurang ikut suka)
- sedikit serbuk kari daging (optional) LiNa Pg letak 1sk
- 1 sk serbuk Garam Masala
- 1 sk rempah beriani (LiNa Pg tambah,rcp asal xde)
- 2 gelas air (atau secukupnya)
- Garam dan perasa secukupnya
- Minyak masak
Cara-cara memasaknya :-
- Panaskan minyak dlm kuali.
- Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji jintan putih dan jintan manis.
- Masukkan bahan2 yang telah dikisar tadi dan tumis hingga bau wangi.
- Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari.
- Kacau seketika dan masukkan tomato.
- Kemudiannya, masukkan daging kambing yang telah direbus tadi.Kacau bersama ubi kentang. Tambahkan air, serbuk cili, garam dan aji secukupnya. Kacau sebati. Tutup periuk dan biarkan mendidih.
- Apabila kentang dah masak, boleh masukkan serbuk ketumbar dan garam masala. Gaul sebati dan biarkan seketika.
- Pastikan cukup rasa, daging pun dah masak.
- Taburkan daun ketumbar dan gaul. Padamkan api. Kambing Masala sedia dihidang
Sedap dimakan bersama nasi minyak/ briyani...
Semasa dalam proses..reneh hingga kuah pekat..saya guna kambing agak lama jugak mereneh ni..
2 comments
assLamualaikum puan Lina Pg
ReplyDeletenak tau rempah beriani jenama apa yg Puan guna?. sebab ada jenama rempah beriani yg pedas. kita tak tahan pedas.
assLamualaikum puan Lina Pg
ReplyDeletenak tau rempah beriani jenama apa yg Puan guna?. sebab ada jenama rempah beriani yg pedas. kita tak tahan pedas.