Nasi Mandy Ayam Sedapnya Guna Rempah Hexa

By LiNa_Pg - Wednesday, December 02, 2015

Assalamualaikum...
Alahai blog TMK ni asyik2 nasi la plak hahaa...alang2 ada rempah percuma dari Hexa tu kita cuba la masak pelbagai jenis nasi..orang memberi kami merasa..lagi2 yg free lagi lah best kan haha..Kalau terdahulu saya pernah masak Nasi Mandy ni Boleh tengok kat SINI dulu saya taram jer buat rempah sndri..kali ni saya masak menggunakan rempah yg betoi punya..Ada kelainannya..nak tahu apa kelainannya kena la beli rempah Nasi Mandy tu..Nak beli kat mana..Cari kat GIANT ada jual kat sana.Tengok cerita lanjut pasal rempah kat entry ni REMPAH AL HEXA Jom kite layan gambar dan resepi

Nasi Mandy Ayam LiNa Pg
Teringin tak???Set Nasi Mandy Malina LiNa Pg..xde jual kat luar sana hahaaa...Nasi Mandy Ayam Bersama Kambing Masala..Ya Ampun sedapnya
Nasi Mandy Ayam LiNa Pg
Nasi Mandy Solo
RESEPI NASI MANDY AYAM
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.com/)

Bahan-Bahan A (Untuk Stok/Air Rebusan Ayam)
  • 3 keping whole leg (cuci bersih)
  • 4 ulas bawang putih (kupas kulit)
  • 1 inci halia (ketuk)
  • 1 labu bawang besar (belah 6)
  • 2 helai Daun Bay
  • Rempah 4 sekawan (Bunga Cengkih, Kulit Kayu Manis, Pelaga, Bunga Lawang)
  • 1 sudu besar rempah nasi mandy
  • Air secukupnya (melebihi paras ayam)
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara:
  1. Satukan semua bahan A ke dalam periuk, masak hingga ayam empuk.
  2. Angkat ayam ke dalam bekas lain.
  3. Tapiskan stock ayam ke dalam bekas berasingan.
  4. Buangkan segala rempah rebusan tadi (Hanya air rebusan rebusan sahaja digunakan untuk masak nasi)Ayam akan dipanggang kemudian
Bahan-Bahan B (Untuk Nasi)
  • 3 cawan beras basmati (cuci bersih dan rendam selama 1 jam)kemudian toskan
  • 4 cawan air rebusan ayam (kalau air rebusan tak cukup, tambah air biasa)
  • 1 cawan susu cair
  • Sedikit butter/minyak untuk menumis
  • Rempah 4 sekawan (kalau nk guna yg dari rebusan td pun ok)
  • 2 helai Daun Pandan simpul
  • 1 Kiub ayam
  • 3 ulas bawang merah (mayang halus)
  • 1 ulas bawang putih (mayang halus)
  • 2 sudu kecil rempah nasi mandy al hexa (bancuh dengan sedikit air)
  • Sedikit saffron/kunyit/pewarna kuning
  • Sedikit daun pudina

Cara-Cara (Masak Nasi Mandy)
  1. Panaskan periuk, cairkan butter.Tumis rempah 4 beradik dan hirisan bawang hingga garing sedikit.
  2. Masukkan pes rempah nasi mandy,tumis sebentar.
  3. Sementara itu dalam periuk elektrik, masukkan 4 cawan air rebusan ayam,daun pandan, saffron/kunyit,kiub ayam dan bahan tumisan tadi.Tunggu hingga air mendidih.
  4. Masukkan beras basmati dan susu cair.Kacau sebentar supaya mesra dengan rempah tumisan.
  5. Teruskan memasak seperti biasan.Bila nasi menjadi keep warm (tp nasi belum masak sepenuhnya) titiskan pewarna kuning/oren di beberapa tempat..boleh juga masukkan cili hijau di atas nasi (jika suka)
  6. Biarkan nasi keep warm hingga betul2 masak.
  7. Apabila nasi masak, gembur2 menggunakan garfu dan taburkan daun pudina..untuk membangkitkan aroma.
Ini Rempah Nasi Mandy yg saya gunakan 
Nasi Mandy Ayam LiNa Pg
Beginilah Nasi mandy yg telah masak..bolehlah digembur

BAHAN C (PERAPAN AYAM)
  • 6 sudu besar sos tiram (secukup rasa)
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kicap mee/kicap pekat
  • 1 sudu teh rempah nasi mandy
  • Sedikit lada hitam (tumbuk kasar)
  • Sedikit oregano kering
  • Sedikit rosemery kering
  • Sedikit minyak

Cara-Cara
  1. Keluarkan ayam dari air rebusan.Toskan sebentar.
  2. Perapkan dengan sos tiram, kicap, dan semua herba di atas akhir sekali sapu ayam dengan minyak dan selama 1/2 jam (atau lebih lama)
  3. Kemudian bolehlah dibakar dalam oven atau menggunakan pemanggang ajaib.LiNa Pg bakar sekejap jer sbb ayam dah masak.
Nasi Mandy Ayam LiNa Pg
Ayam Nasi Mandy..terasa sungguh enak...saya x berapa gemarkan ayam yg kaler pucat..macam kat kedai nasi arab tu..
Nasi Mandy Ayam LiNa Pg
Ayam dalam proses rebusan untuk membuat stok

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. Rajin Lina buat nasi beraroma... cantik pula hasilnya tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..sedap kak amie..camni la saya kalau xde order..nk menerai resepi baru

      Delete
  2. Salam lina,murah x rempah ni..zila x round giant lg..sllu jgk wat nasi arab..tp guna remph kirim kwn kt arab..nt nk trylh..

    ReplyDelete
  3. @zila norazila
    wslm zila..Harga rempah nasi mandy ni RM10.90, nasi kabsah pun sama gak..rempah beriani murah siket RM9.90

    ReplyDelete