Monday, June 3, 2013

Resepi Ketupat Daun Pisang/Ketupat Dakap

Assalamualaikum...
Ada sedikit kerajinan untuk membuat ketupat.Memandangkan semua ada kat umah, jadi semangat sket nk main masak2 sebab ramai yg makan.Cepat abesss...suka2 hehe.Sekarang ni dah tak kira time raya ke tak ke...kalau rasa tingin nk makan, boleh godek2 ajer wat ketupat ni.Ketupat Daun Pisang ni banyak nama, ada yang panggil Ketupat Dakap (boleh gak kot panggil ketupat kembar siam haha..kan bercantum tuh)
Ketupat Daun Pisang ni merupakan peberet my laling.Kalau balik kampung (time raya) ketupat ini yang mejadi pilihan berbanding yang dibalut ngan daun palas.Sudah semestinya ketupat air tangan bondanya yang menjadi pilihan.Saya selalu jugak tolong2 mak mertua membalut ketupat ni.Dari pemerhatian semasa membantu M.I.L tu sy cuba2 wat sendiri.Hasilnya memang sedap.Bila tanya my laling mana lagi sedap yang ni ke yang chek (gelaran untuk M.I.L) jawapan selamat dari my laling.Dua2 pun sedap.Ada rasa tersendri...Berani dia nk kata tak sedap...bini dia penat2 buat ni muahaha..Apa pun kalau balik kampung, tetap minta mak mertua buatkan...haku akan jadi pembantu yang setia...
Okeylah kepada kawan2, adik2 di luar sana, kalau tingin nk makan ketupat, boleh refer kat sini...Saja tayang menu ni sebelum raya...senang la korang nak gugel cari time raya nanti hehe..
Buat sekilo beras pulut.Belum setengah hari dah tinggal 5ketoi jer.Sempat la buat bekfast esoknya...
Macam2 pesen maklumlah kerahan tenaga anak2..si bujang tolong ikat2..hantam sajalah abang long janji tak terburai..Yang lawak tu, bila wat kije ngan anak2..daun pisang pun boleh terbalik adoyai...patutla nampak pelik..

RESEPI KETUPAT DAUN PISANG/KETUPAT DAKAP
By : Lina pg

BAHAN-BAHAN:
  • 1 kg beras pulut.
  • 700-750ml santan pekat
  • 2 sb gula
  • secubit garam (lina pg letak 1sk)
  • Daun pisang dan tali rafia (untuk membalut ketupat)
CARA-CARA:
  1. Beras pulut dicuci hingga betul2 bersih (cuci hingga air cucian menjadi jernih).Rendam semalaman.Toskan hinggan kering
  2. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih
  3. Sementara itu satukan santan pekat, garam dan gula (Garam dan gula ikut selera ya).Kacau hingga garam dan gula hancur.Rasa dulu masin dan manisnya.
  4. Panaskan santan atas api hingga naik wap sahaja.Jangan biarkan santan mendidih takut pecah minyak dan cantik.Sentiasa kacau ya.Tutup api dan sejuk sebentar.
  5. Kukus beras pulut hingga separuh masak (anggaran 20min)
  6. Angkat pulut dan tuang ke dalam bekas yang besar.Pulut diarun dengan santan.Tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit dan gaul rata.Memadai setakat lembabkan pulut.Kalau dah ok, tak perlu habeskan semua santan.Biarkan sebentar supaya pulut mesra dengan santan (anggaran 10minit)
  7. Masukkan semula pulut ke dalam kukusan dan kukus hingga masak.(pastikan air kukusan telah mendidih)Anggaran dalam 20-25min.
  8. Setelah pulut masak, angkat dan masukkan ke dalam bekas yang besar.Sejukkan sebentar
  9. Daun pisang hendaklah dilayukan atas api atau di bawah cahaya matahari  supaya daun pisang tidak pecah semasa proses membalut ketupat.
  10. Daun pisang dilap bersih dan siat lebar sedikit dari tapak tangan.Macam buat lepat tuh..
  11. Letakkan pulut lebih 2 sudu besar dan dibentuk seperti gambar kat atas tuh.Sorry ya..saya tak tunjukkan step by step sebab buat 2-3 kerja dalam satu masa.Nak cepat punya pasal.
  12. Selesai membalut, kukus semula ketupat selama 8-10min.Ketupat sedia dimakan...
beras pulut yang dikukus separuh masak
yg ni dah masak dah ni..time ni dah banyak yang luak pakat masuk mulut tukang balut ketupat haha
hasilnya siap dibalut..kena kukus lagi ya..
okey...yang ni dah bleh makan...taraaaa dah siap

16 comments:

Acik Erna said... Balas

assalam Lina..acik memang suka sangat makan pulut..bila tengok gambar pulut kukus yang putih bersih tu..terliur sungguh acik rasa..
acik tak pernah makan pulut ni Lina..makan dengan apa ni lina

LiNa_Pg said... Balas

@Acik Erna
wslm acik,
saya pun makan gitew2 ajer..time raya makan cam amek syarat makan ketupat raya, bila wat luar musim ni...suma laju jer makan.Maklumler yang ni jer ada haha..
Kami makan ngan 'DAGING SEKILO BAWANG SEKILO' acik...ala-ala rendang jugak

Chik Mimi said... Balas

sedapnya tupak ,aka sukerrrr heheh tapi akak balut dgn daun bamboo

LiNa_Pg said... Balas

@Chik Mimi
Daun Bamboo...wah sangat rare tu kak mimi...
Nanti kalau buat..jangan lupa wat tayangan..tak pernah tengok lagi ni

Mamasya said... Balas

Aslmkum Lina
husben puji sedap....hilang penat buatnya kan...hi..hi.
tengok pulut dakap ni,teringat aruah nenek sbb dulu aruah nenek buat jual pulut dakap....sejak itu yg suka pulut mkn pulut dakap sampai skrg.

AhliaSaleh said... Balas

Kak lina..sy org selangor..mak mng xprnh buat ni..selalu ketupat aje..bkh try ni.

LiNa_Pg said... Balas

@Mamasya
wslm mam,
Kalau kat umah M.I.L ketupat dakap lebih mendapat sambuatn dri ketupat daun palas, mayb sebab dari kecik disogok ketupat ni kot hehe..
Kalau arwah nenek yang buat mesti sedap sgt sebab air tgn org tua memang terbaek..

LiNa_Pg said... Balas

@AhliaSaleh
Ketupat ni sama jer ngan ketupat biasa tu, cuma dibalut ngan daun pisang..tp akak suka kedua-dua versi ketupat ni.Cuma asben lebih sukakan ketupat daun pisang.Ikutkan ajerlah selera dia.
Nanti raya bolehlah cuba pesen balut ngan daun pisang ni

Amie said... Balas

Kalau di sini ketupat tu dipanggil buras Lina... biasanya orang Bugis yang buat, time raya memang dengan muka tak malunya kak Amie tunggu jiran Bugis bagi he he ehh sebab tak reti nak buat (malas nak belajar nih) he he ehh.

LiNa_Pg said... Balas

@Amie
Lain benar panggilan ketupat kat sana yea..maybe bahasa Bugis la tu..
Sonot berjiran ngan org yg baik ati..orang memberi kite merasa..

hana said... Balas

kalau kat johor panggey burasak ni na... tak penah buat sendrik.. beli jer tau! hihihi.... na kukus kat piyuk berlobang tuh na alas tak? slalu msk takat dua tiga pot buh dlm bekas jer.. byk2 cenggini takut plak tak msk sepenuhnyer...

LiNa_Pg said... Balas

@hana
Macam2 nama rupanya ketupat ni..
Tak lapik pun piyuk kukus tu hana.Masa tuang beras pulut tu..kat bawah boh dulang besau takut ada yang bolos..pastu tuang balik bolos sket2 tu dalam piyuk kukus..
Alhamdulillah masak sekata pulut..bleh gak wat lobang2 supaya wap masuk..tp saya just letak kat tengah jer..bahgian tepi masih ada lubang.

EmbunRosaliza said... Balas

Hurmmm sangat teringin nak buat pulut dakap ni, tapi bab nak mendakapkan pulut bercinta sikit mkn masa rasanya heheh. Ohhh akk selalu lapik dgn daun padan bawah pulut tu utk menutupi lubang2 tu hehe

PapaRock said... Balas

buras ker burasak?

PapaRock said... Balas

buras ker burasak?

LiNa_Pg said... Balas

@PapaRock
bukan buras /burasak.Ini ketupat daun pisang/ketupat dakap.
Buras dlmnya adalah nasi.yg ni dalamnya pulut.Totaly different.Fizikal jer sama dibalut dgn daun pisang.

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...