Resepi Tepung Boko Ubi Kayu Sedap Dan Mudah Sukatan Cawan

By LiNa_Pg - Tuesday, January 01, 2019

Assalamualaikum...
Selamat menyambut tahun baru 2019.Bersemangat hari ni terus update blog.Sementara ada kesempatan waktu ni kita update dulu yang mana sempat, nanti dah bizi uruskan hal persekolahan anak2 akan terbengkalai segala projek.
Sejak dua menjak ni viral betul Kuih Tepung Boko Ubi Kayu ni kan?Tak kiralah sama ada fb/IG rata2 page dok menayang sakan Kuih Tepung Boko, sampai ada yang buat kelas PJJ bagai.Agaknya musim tengkujuh macam ni stok ubi kayu terlalu banyak.Kalau tak ada resepi viral macam ni tak abes plak kan hehehe...
Ada yang tanya, Kuih Tepung Boko ni sama ke dengan Kuih Talam Ubi Kayu.Jawapannya hampir sama kira sepupu sepapat dia jugaklah.Bahagian bawahnya ubi kayu dan bahagian atasnya adalah santan (kepala santan).Bezanya ialah Kuih Talam Ubi Kayu, tektur 'firm' dan boleh dipotong dengan kemas menggunakan pisau.Manakala Kuih Tepung Boko tektur sedikit lembut goyang2 Inul gitew.Dimakan secara ceduk menggunakan sudu atau skop dengan senduk dan dituang kepala santan.Saya buat dalam bekas kecil so senanglah anak2 makan..Tak payah kotorkan pinggan mangguk dah.Ambil sebekas, makan terus.
Secara tradisionalnya Kuih Tepung Boko, dikukus dalam 'BOKO' istilah bahasa Kelantan klasik yang memberi maksud 'TALAM/DULANG ANGKAT HIDANG' haaaa...samalah tu.
Sebenarnya ini kali kedua saya buat Kuih Tepung Boko Ubi Kayu.Pertama kali saya buat menggunakan nisan/gula melaka.
Owh ya...saya guna ubi kayu kuning untuk buat kuih tepung boko ni.Kalau guna ubi kayu putih kena tambah anggaran 1/2 cawan air lagi dari sukatan yang saya bagi kat ni.
Kuih Tepung Boko ni bahagian ubi saya cuci mata di IG Zalieda tapi adjust siketlah sebab saya guna gula putih.
Okey untuk Resepi Tepung Boko ni saya sediakan video di youtube Channel.Nanti boleh refer ke sana okey.Owh ya..kelmarin saya juga ada publish video Kuih Bengkang Ubi Kayu.Bole tengok kat utube jugak.Resepi belum update lagi kat blog ni.InsyaaAllah ada kesempatan saya update kat sini pulak.
Okey jom kita semak resepi.

Sedap tau..lembut lemak2  dan manis yang sedang2 memikat selera

KUIH TEPUNG BOKO UBI KAYU
Bahan A (Bahagian Bawah)
  • 2 cawan ubi kayut parut (LiNa Pg guna ubi kuning)
  • 1 cawan gula putih (LiNa Pg kurangkan sedikit)
  • 2 cawan air (Kalau ubi putih tambah 1/2 cawan lagi)
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna kuning (option)
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan, kacau rata.Tuangkan ke dalam loyang/bekas kecil (LiNa Pg guna bekas kecil)
  2. Panaskan kukusan.Pastikan air mendidih terlebih dahulu.
  3. Kukus kuih hingga masak.Kalau nampak cantik berkilat tu dah masaklah (anggaran 10-12min api sederhana)
  4. Ketepikan sebentar.Biar sejuk sedikit.
Bahan B (Kepala Santan)
  • 1 cawan santa pekat
  • 1+1/2 cawan air (bergantung kepekatan yang disukai)
  • 3 sudu besar penuh tepung beras
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan, kacau rata terlebih dahulu.
  2. Kemudian masak atas api hingga pekat.
  3. Tuang/sendukkan ke atas bahagian ubi yang dikukud tadi.
  4. Kuih Tepung Boko Ubi Kayu sedia dinikmati.Selamat Mencuba.Jangan Lupa Subscribe, Like, Komen Dan Share
Video Tutorial Resepi Kuih Tepung Boko, Sila klik pautan di bawah.Selamat Mencuba

Kuih Tepung Boko Gula Merah....
Kalau yang ini guna masak gula merah/ gula nisan hingga hancur kemudian tapiskan.Biar sejuk terlebih dahulu kemudian campur ke dalam ubi.Step seterusnya sama sahaja

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. Happy New Year, Lina! Wah, PH suka kuih yang macam ni. Lemak2 lembut2. Agaknya boleh perabis 3 atau 4 bekas dalam satu sitting hah..hah...

    ReplyDelete
  2. Sedap boko ubi kayu ni.. terima kasih utk resepi boko ni ya... nnt rajin2 nk boh kat blog juga

    ReplyDelete
  3. Salam. Saya Amir dari iluminasi.com. Saya ingin memohon keizinan puan untuk berkongsi sebahagian info dalam artikel ini.

    Resepi tidak akan diambil. Namun, kredit dan link kepada resepi puan akan diberikan.

    Puan boleh melihat artikel tersebut di sini: https://iluminasi.com/bm/resepi-kuih-tepung-boko-ubi-kayu-gula-merah.html

    Jika puan mahu saya membuang kandungan yang diambil, boleh hubungi saya dengan kadar segera di amirwrites_271@yahoo.com.

    Maklumbalas dari pihak puan adalah amat dihargai :)

    ReplyDelete