Assalamualaikum...
Hari ni saya nak kongsikan Resepi simple sahaja.Masakan harian.Rasanya ramai yang dah pandai.Tapi resepi ni saya buat khas untuk utube sinun.Kat sana ramai adik adik yang baru belajar nak masak, kat blog ni lain siket.Kebanyakan dah pandai masuk ke blog sekadar mencari idea untuk masak jer kan?So kita layan sama rata...Resepi ini dijadikan rujukan untuk anak cucu kemudian hari nanti.Senang nak masak, buka jer blog mama dia.
Sebenarnya 4-5 hari sebelum saya buat video ni, cik suami ada beli labu dan pucuk manis/cekur manis di market Taman Tun Sardon.Apa lagi terus buat sayur lemak ni..Masa tu tak buat video pulak.Tak apalah nanti beli lagi dan buat video sebab sayur ni anak2 pun suka.So, gigihnya beli lagi labu kat market Bayan Baru.Jenuh merata cari pucuk manis...Tapi malangnya tak ada pulak jual kat Bayan Baru...Sebab memang dah niat nak buat video,so buat jugaklah walaupun togel jer.Kurang berseri sebab labu kuning dan kuah putih.Kalau ada unsur hijau siket lagi berseri kan.Saya masukkan sedikit suhun sebab anak2 memang suka suhun dalam sayuran macam ini.So, kalau korang nak masukkan sedikit bayam atau cekur manis...boleh masukkan tau..lagi sedap.
Okey jom kita semak resepi.Hari Isnin tak boleh online lama2 sebab bz siket.
- 1/4 biji labu (kupas kulit dan potong)
- 1 sudu besar udang kering (rendam dalam air supaya lembut)
- 4 ulas bawang merah
- Sedikit lada hitam
- Garam/kiub ikan bilis
- sedikit suhun
- 1 labu bawang besar (belah 4)
- Cili merah
- 1+1/2 cawan santan
- Air secukupnya
- Tumbuk bawang merah, udang kering dan lada hitam hingga lumat.
- Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk.Masukkan labu, air dan sedikit garam.
- Masak hingga labu separuh empuk.Masukkan santan.Kacau2 sekali sekala supaya santan tidak berketul.
- Masukkan kiub ikan bilis/garam secukup rasa.
- Masukkan suhun, bawang besar dan cili merah.Apabila kuah mendidih.Tutup api.Siap
- Untuk video tutorial.Klik link di bawah
0 comments