Wednesday, December 5, 2018

Resepi Laksam Sedap Lembut Dan Tidak Mudah Patah Bila Digulung.

Assalamualaikum....
Tetiba terajin pulak melaksam.Sebenarnya kerajinan tidaklah begitu jitu, tetapi sebab dah beli ikan kembung+selar tu agak banyak.Maka projek melaksam diteruskan.Kuah Laksam tu sebahagiannya saya frozenkan senang bila2 teringin nak makan Laksam lagi, kita buat laksam tu sahaj sebab kuahnya dah ada.Alaaa...tak lama pun frozen tu agak seminggu jer kot lepas tu selesai la.Tambahan musim cuti macam sekarang ni stok frozen tak bertahan lama hahaa.
Okey untuk Resepi Laksam kali ni saya ada sedikit masa free, so saya buat video dan upload ke youtube.Jika sebelum ni video saya cuma tunjuk cara mengukus LAKSAM sahaja.Tetapi kali ini saya buat complete LAKSAM, KUAH dan SAMBAL JATE.Haaa...nampak begitu gigih sekali buat video untuk kongsikan dengan korang.Untuk video yang terdahulu tu...itulah video pertama yang saya buat.Bila tengok balik macam kelakar la pulak hahaa...
Okey untuk laksam kali ini saya improvise siket dengan meletakkan sedikit tepung ubi.Hasilnya laksam lembut dan sedikit kenyal.Sedap pulak bila dimakan.So, kalau korang suka tektur macam tu.Boleh tambah sesudu tepung ubi ok..Kalau tak ada stok tepung ubi, boleh stick kepada resepi asal iaitu tepung beras+tepung gandum sahaja.
Jom kita semak resepi
Saya suka Laksam kuah pekat macam ni.Ulaman tu kalau suka boleh masuk kacang panjang dan taugeh jugak.Saya guna ulaman yang mana dalam peti ais jer.
RESEPI LAKSAM SEDAP DAN LEMBUT
Youtube Laksam https://www.youtube.com/watch?v=suCI5P09FJA
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan  
3 cawan tepung beras   
1/2 cawan tepung gandum 
1 sudu besar tepung ubi 
1/2 sudu teh garam (secubit garam)  
5 cawan air suam   (3 cawan air panas+2 cawan air biasa) 
1 sudu besar minyak masak  
1 tudung periuk/pizza plate
Sedikit minyak untuk oles tudung periuk

Caranya  

  1. Panaskan kukusan (LiNa Pg kukus guna kuali jer) bersama tudung periuk yg disapu minyak secukupnya, keliling tudung periuk, supaya adunan mudah lekang. Setiap kali mengukus sapu kan minyak dan tudung tak perlu dicuci.  
  2. Campurkan tepung gandum, tepung beras dan tepung ubi ke dalam bekas besar.Masukkan air suam tadi kacau sebati masukkan garam dan minyak kacau lagi.  
  3. Kacau supaya adunan tepung tidak mendap.Sendukkan/tuang adunan ke atas tudung periuk/pizza plate.
  4. Kuku (API BESAR) sehingga gelembung baru angkat (anggaran 3-4min) Bila gelembong tu menandakan laksam telah masak.
  5.  Ulang proses hingga adunan habis.Untuk mempercepatkan proses mengukus, gunalah 2 tudung periuk.Untuk gulungan lebih kemas, biarkan laksam yang telah sejuk sedikit sebelum menggulung (Laksam dalam ini LiNa Pg gulung terus jer masa tengah panas lagi nak cepat punya pasal) Alhamdulillah elok jer kejadiannya.Licin dan tidak patah.
  6. Selamat mencuba.
Senang jer kan bila tengok video ni cara untuk membuat Laksam.Jangan Lupa Subscribe ok 
Set Lengkap Laksam, Kuah Laksam, Ulaman Dan Sambal Jate/ Sambal Lada Kelantan
RESEPI KUAH LAKSAM
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan

8 ekor ikan selar/kembung/mabung
1 biji bawang besar   
2 ulas bawang putih 
3 ulas bawang merah 
1cm halia 
1/2 sudu besar lada hitam  
Sedikit belacan (LiNa Pg guna yang siap bakar) 
600ml santan pekat (LiNa Pg gn santan kotak ayam brand)   
garam dan gula (atau perasa)   
2 keping asam gelugur 
Air secukupnya   

Cara-Cara:  
  1. Rebus dengan sedikit garam,gula/perasa dan asam keping rebus hingga ikan masak.Setelah ikan masak, perisi ikan iaitu asingkan isi dan tulang (simpan air rebusan ikan) 
  2. Kisar isi ikan bersama santan dan air rebusan ikan untuk memudahkan proses mengisar.Kemudian masukkan ke dalam periuk.
  3. Satukan bawang besar, bawang putih, halia,belacan,lada hitamke dalam blender serta masukkan sedikit air rebusan dan santan.Kisar halus dan masukkan ke dalam periuk.
  4. Kisar tulang ikan bersama air rebusan.Kemudian tapiskan ke dalam periuk tadi.
  5. Masukkan baki santan (jika masih ada)Tambah air mengikut kepekatan kuah yang dikehendaki, asam keping, garam dan gula 
  6. Masak dengan api sederhana hingga mendidih (kuah mestilah sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyak dan santan tidak bergentel.Selamat Mencuba
RESEPI SAMBAL LADA/SAMBAL JATE
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan
  • 1 labu bawang besar
  • 4-5 biji limau kasturi (buang biji)
  • 20-25 biji cili padi merah
  • 4 biji cili merah
  • 1/2 cawan cuka (anggaran untuk pengisar berfungsi)
  • 3-4 sudu besar gula (Secukup rasa)
  • Garam (secukup rasa)
  • Perasa
Cara
  1. Satukan bawang, cili padi, cili merah, limau kasturi dan cuka ke dalam blender.Kemudian kisar KASAR sahaja.
  2. Tuang ke dalam bekas, masukkan gula, garam dan perasa.Seimbangkan rasa, pedas manis dan sedikit masin dan masam.
  3. Biarkan sambal selama 8jam.Supaya semuanya mesra terlebih dahulu.
  4. Kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara/botol kaca.Dan simpan dalam peti sejuk.Sambal Jate ini makin lama makin sedap.
  5. Selamat Mencuba. Youtube Laksam di bawah :

1 comment:

Nooriah Abdullah said... Balas

kaknoor pun suka guna resepi ni Lina memang terbaik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...