Assalamualaikum...
Salam pagi Isnin, no Monday Blues okey....Eh!Apa tu Chicken 65?Saya sendiri pun tak pernah dengan dan belum pernah merasa apa itu Chicken 65.Mengikut sumber ggel, Chicken 65 ni diberi nama oleh para chef kerana ianya menggunakan 65 chillies untuk 1kg ayam.So, mereka mengabadikan 65 tu untuk ayam ni.Chicken 65 berasal dari Chennai India.Kalau fakta ini tak betul, sila betulkan okey.Saya gugel sahaja info ni.Patutlah menggunakan masala, serbuk cili dan daun kari bagai.itu Chicken 65.Bila tengok resepi Chicken 65 ni, senangnya dan semua bahan ada kat rumah ni.Daun kari pun petik jer dekat balkoni senang kalau tanam sendiri ni.Tambahan dalam peti ais memang banyak stok dada ayam tak tahu nak buat apa.Lama berhajat nak buat karipap tapi dok berangan situlah hahaa...Alang2 dah jumpa Recipe Chicken 65 ni kita manfaatkan stok dada ayam yang berketul2 dalam peti ais..Abes licin la tambahan pula buat bite size macam ni.Simple dan sedap.Resepi Chicken 65 ni saya ambil dari IG kak Lina Thomas.Thanks
- 500g dada ayam (potong kiub bite size)
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar tepung gandum
- 2 sudu teh kicap cair
- 2 sudu teh bawang putih (kisar)
- 2 sudu teh halia (kisar)
- 2 sudu teh serbuk cili
- 1 sudu teh jus lemon
- 1/2 sudu teh cuka putih
- 1 biji telur gred A
- 1/2 sudu teh garam (secukupnya)
- 2 sudu teh plain yogurt
- 2 sudu teh serbuk cili/tikka masal
- 1/4 cawan daun kari (LiNa Pg guna 3 tangkai)
- 10 biji cili hijau potong serung
- Minyak
- Satukan bahan A, perap selama sejam dalam peti ais.
- Panaskan minyak.Kemudian goreng hingga garing.Angkat dan toskan.
- Keluarkan lebihan minyak, goreng bahan C.Angkat dan ketepikan.
- Kemudian masukkan bahan B, masak hingga mendidih.
- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.Gaul rata hingga bersalut dengan baik.Tutup api.
- Masukkan bahan C yang telah digoreng tadi.Gaul rata.Sedia dihidangkan.
0 comments