Assalamualaikum...
Salam pagi Isnin, hari ni cuaca mendung jer...Ada yang bercuti ke hari ni?Ya la kan esok Public Holiday mesti ada yang ambil cuti xtra satu hari untuk bawa anak2 keluar berjalan2 atau holiday ke mana?Bagi yang bercuti selamat bercuti saya ucapkan.Bagi yang tak ke mana2 dan tercari2 idea minum petang untuk keluarga apa kata buat kek oren ni sangat senang hanya guna masuk bahan dalam blender kisar halus dan masukkan tepung.Bakar....siap mudah bukan?Kali ini saya buat cupcakes pulak.Lagi senang anak2 nak makan...ambil 1 pcs makan la sambil layan tv.Kalau buat dalam loyang mestilah kena potong dan letak dalam pinggan.Terpulanglah kat korang nak buat macam mana..mengikut kesesuaian.Kek ni kalau dibiar semalaman lagi bertambah moist.Kalau buat minum petang, pekena dengan Teh O memang ngam.Time bako tu kan....mak aih memang wangi satu rumah.Kos pun murah jer tau...sebiji buah oren, gula, tepung jer....Tak ada butter, guna ajerlah minyak masak..nak sedap gunalah minyak jagung ke hapa..Nak sedap op kos la guna melted butter...
Okey untuk Resepi Kek Oren Paling Senang dan Sedap ni...saya merajinkan diri buat video.Nanti dah upload saya sertakan link...Buat masak ni tengok resepi kat blog dulu okey...
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.com/)
Sumber : Kak Fida (MyR)
Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=YFQIQfDVO78
Bahan-Bahan
1 bji buah limau
1 cawan minyak /melted butter
1 cawan gula
4 biji telur gred B
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
1 sudu besar oren sunquick (option)
1 titik pewarna kuning (option)
1 sudu kecil esen vanila
Cara-Cara
- Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
- Cuci buah limau,Potong kecil-kecil (buang biji dan urat putih di tengahnya)
- Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula, telur, esen vanila dan jus oren sunquick.Kisar hingga halus.(Kisar bersama kulit, jangan risau tak pahit okey)
- Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk, titikkan pewarna kuning jika suka warna lebih menyerlah.
- Masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati. Tuangkan adunan kedalam loyang (8 x 8in) yg beralas dan gris (LiNa Pg buat cupcakes) Bakar pd suhu 150C selama 20-25min atau sehingga masak
1 comments
Dah lama x buat dan x mkn kek oren.. sedapnya masih terasa
ReplyDelete