Gulai Ikan Talang Tumis Darat Sedap Dan Sangat Mudah

By LiNa_Pg - Wednesday, December 19, 2018

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran, suka makan Gulai Ikan Kering tak?suka yang versi mana?Masak Lemak Kuning campur nenas atau buat macam kari/gulai tu?Kalau tekak saya semua pun ON jer tak ada yang Off hehee...semua pun boleh makan.Kalau kebetulan kat rumah cuma ada nenas semata dan ikan talang, jadi Masak Lemak Ikan Kering+nenas.Kalau ada terung sekali atau kacang panjang, saya buat versi tumis darat ni.Tapi kan kalau lunch kat kedai Nasi Campur saya cuma akan ambil Gulai Ikan Kering Tumis Darat jer..kalau yang masak lemak biasa memang tak akan ceduk punya hahaa...Macam macam lan kan hihiiii...
Sebelum ni saya perna post Resepi Gulai Ikan Kering , tak kisah lah Ikan Talang ke Ikan Kurau ke semua pun boleh jer.Kalau yang talang tu kena campur siket bahagian tulang tu..Kalau semua isi cam tak best lak.Nak tengok versi terdahulu, boleh klik SINI
Kali ini saya terajin siket buat video, so korang boleh tengok kat youtube sinun ok...Jangan Lupa Subscribe ok...It's FREE

Gambar ni saya snap guna HP jer...snap pun masa panas2 lagi.Biasalah kalau buat video ni, Lambat siket nak siap.Dah lapar mulalah kelam kabut shoot hehee...Susah tau buat video ni

GULAI IKAN KERING TUMIS DARAT
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
https://www.youtube.com/watch?v=R23Z6QOQbWk
BAHAN A (Gulai)
  • 350g tulang Ikan Kurau/Ikan Talang 
  • 1 paket kecil rempah kari ikan
  • 1 biji bawang besar (tumbuk/blend)
  • 3 ulas bwg merah (tumbuk/blend)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk/blend)
  • 200 ml santan segar pekat
  • 3 cawan air/santan cair 
  • Garam secukup rasa (jika perlu)
  • 3/4 cawan minyak
  • Sayuran kegemaran (terung, kacang panjang, cili hijau, nenas, dan ubi kentang atau apa saja.
BAHAN B (Tumis Darat)
  • Bawang merah 7-9 ulas (hiris)
  • Bawang putih 1 ulas yg kecil( hiris)
  • 2-3 tangkai daun kari, 
  • 5 biji cili kering (potong 2inci)
  • sedikit halba 
  • biji sawi dan jintan putih. 

CARANYA :
  1. Rendam dulu ikan kering tu dalam air garam utk kurangkan atau hilangkan sedikit garam pada ikan tu.. Rendam air 'Garam' utk kurangkan masin? tp itulah petua dan teknik ibu saya.. mmg dari dulu, kini dan selamanya.. Kemudian, bersihkan ikan kering tu n toskan..
  2. Sayur terung dipotong ikut suka kemudian goreng sekejap.Kemudian toskan.Ini petua supaya sayur terung nampak segar dan masih berwaran pepel bila dah siap masak.kalau tak goreng, buah lebam dan nampak lunyai.
  3. Buah nenas dikupas kulit kemudian celur sekejap.Toskan.
  4. Kentang kupas kulit dan potong ikut suk
  5. Sediakan periuk yg bersesuaian, masukkan rempah kari, bawang yg ditumbuk dan masukkan air ~3 cawan (LiNa Pg guna santan cair)Reneh sekejap supaya hilang pijar bawang dan rempah masak.
  6. Masukkan ikan kering ,kentang dan asam keping (kalau letak nenas tak perlu asam keping)
  7. Setelah kentang empuk, masukkan santan pekat dan tambah air secukupnya.
  8. Masukkan sayuran kegemaran (nanas, terung, kacang panjang, cili merah cili hijau).Sesuaikan rasa.Rasa dahulu kalau kurang masin baru tambah garam, gula/perasa.Kalau kurang masam baru letak asam keping.Masak sekejap sahaja kerana semua sayuran telah masak.
  9. Menggunakan kuali dan minyak menggoreng terung tadi.Goreng Bahan B (Tumis darat).
  10. Tumis bawang, cili kering dan daun kari separuh garing terlebih dahulu, kemudian baru masukkan halba (rempah kecil2 tu) supaya tidak hangus dalam tumisan.
  11. Tumis hingga garing, kemudian masukkan ke dalam Gulai Ikan Kering tadi.
  12. Tutup periuk dan terus tutup api.Biarkan aroma tumis darat tadi terperangkap dalam periuk.
  13. Selepas ~ min, buka periuk dan kacau rata.Gulai Ikan Kering Tumis Darat sedia dihidang.Untuk melihat video Youtube, sila klik link di bawah.Happy Watching

  • Share:

You Might Also Like

0 comments