Friday, February 14, 2014

Resepi Mushroom Soup Sedap Dan Senang

Assalamualaikum...
Mushroom Soup ni saya buat time celebrate Anniversary aritu (kiranya n3 basi la ni ngeee)Disebabkan hari istimewa jatuh pada weekdays maka sambutan kat umah jer la..So, mushroom sup dijadikan sebagai appertizer, manakala main course ialah grill chicken with mushroom sauce..segalanya mushroom la... dessert lak kek kaler maler tu KEK PELANGI.Kami sekeluarga penuh selera melayan western..kenyang betoi.
Okey saya share resepi sup cendawan yang sangat mabeles ni.Kebetulan saya jemput adik2 saya datang ke rumah..makan ramai lagilah berselera...suma pun enjoy makan...Jom kite semak resepi yang sangat ringkas tapi rasanya sangat2 tip top...Saya boleh katakan jauh lebih sedap dari kat kedai femes ames tuh...Nak tau kelazatannya kenalah cube sendiri.
Memang sedap, kalau ada garlic bread pun sedap wat cicah ni.

RESEPI MUSHROOM SOUP
Sumber Rcp : MyR
By : LiNa Pg

Bahan-bahan 
  • 1 keping dada ayam (cincang halus)
  • 1500 ml air
  • 500 ml susu segar (LiNa Pg gn 1 tin susu cair)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 tin kecil cendawan butang (toskan air dan dadu kecil)
  • garam
  • secubit ajinomoto
  • 1 cawan tepung gandum (bancuh dengan air)
  • Sedikit oregano dan lada hitam (LiNa Pg tambah-rcp asal xde)
Cara-Cara
  1. Masukkan dada ayam yg telah dicincang halus ke dalam periuk, kemudian masukkan air.Rebus hingga ayam masak
  2. Masukkan susu dan kiub ayam, masak guna api yang perlahan, masukkan cendawan yg didadu kecil
  3. Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat
  4. .Masukkan sedikit oregani dan juga serbuk lada hitam (kasar). Sesuaikan rasa. Tambah garam dan perasa (jika perlu). Tutup api, sedia dihidang

5 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Balas

sedap ni... anak2 & suami kita suka sgt.. buat seperiuk besar pun boleh abis.. lama tak buat.. yg buat dulu pun rasanya tak update kat blog lg. hahaha.. lupa la.. teruk betul.. nnt nak update gakla.. hikss..

IdaShazana said... Balas

lazatnya.. favourite anak-anak

Nana said... Balas

terima kasih share resepi..
mohon copy yer...

mama sara nur said... Balas

assalam lina
tqqq sharing, he hee ank2 suka ni
blh try nanti. selalu beli siap dlm tin tu

Bbwana adienia said... Balas

salam kak lina..

nampak best dan sedap tu kak..lepas ni boleh la try buat sendiri..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...