Assalamualaikum...
Hari ni nak buat n3 ringkas jer iaitu sambal belacan goreng.Sambal belacan ni ada pelbagai jenis, ada sambal mentah, kisar jer semua atau pun tumbuk jer semua.Kali ini saya buat versi goreng pulak.Kalau makan dengan ayam penyet atau ayam geprek memang sedap ni tau.Owh sebelum tu saya nak bagitahu saya ada juga buat ayam geprek di youtube sana, cuma tunggu turn untuk publish kat sini.Macam biasalah bab menaip ni aduh malas betul la hahaa..Kalau korang nak cari idea masak-masak boleh terus search kat youtube ok..taip jer youtube lina pg atau youtube malina lina pg, insyaaAllah jumpa punya.
Ok lah jom kita sambung sambal belacan goreng.Tak ingat bila saya buat dah agak lama jugaklah..
Buat semua yang berada di zone PKPB patuhi SOP, Kita Jaga Kita, InsyaaAllah Kita Pasti Menang.Bertabahlah...Jom layan resepi sambal belacan.
Makan dengan ikan goreng, ayam goreng memang padu3 biji cili merah
5 ulas bawang merah
2 cm belacan (terpulang)
jus limau kasturi
minyak
- Cili padi dan cili merah dipatah-patahkan supaya tak meletup semasa digoreng.
- Buah tomato buang biji supaya sambal kurang/tidak terlalu berair.
- Panaskan minyak, goreng cili,bawang,tomato,belacan,dan ikan bilis.Goreng hingga tomato dan cili layu/lembut.
- Masukkan ke dalam lesung dan tumbuk kasar.
- Sesuaikan rasa tambah garam, perasa dan perahkan jus limau kasturi.
- Sambal Goreng sedia dinikmati.Selamat Mencuba.
- Untuk video tutorial sila klik paparan di bawah atau tekan link berikut
1 comments
Boleh bertambah2 nasi ni
ReplyDelete