Resepi Agar-Agar Roti Diterjemahkan Dalam Bentuk Agar-Agar Tembikai
Assalamualaikum...
Alhamdulillah berkesempatan untuk update blog usang yang sentiasa terbiar ni.Tengah semangat nak buat content baik buat cepat-cepat, kalau tidak nanti mesti lemau dan kemalasan untuk update.Walaupun bahan yang nak dikongsi masih terlalu banyak.
Hari ini saya kongsikan resepi ulang tayang jer iaitu agar-agar tembikai.Resepi ini dah banyak kali saya buat dan post dalam blog ni tapi untuk kali ini saya buat video untuk youtube dan semestinya akan ulang lagi kat sini.Alang-alang buat video mestilah update jugak kat blog sekali senang untuk faham ada video tutorial dan ada juga resepi bertulisan.
Untuk kali ini saya skip telur, dan tak guna susu.Selalunya ada juga follower yang request resepi tanpa telur setengahnya alahan/alergik telur dan ada juga di kalangan follower saya yang vegetarian.Ini selalunya follower dari kaum India.Saya cuma untuk memebuhi selera semua pihak.Kalau yang suka ada telur, boleh guna resepi yang sebelum ini.
Resepi simple jer, Alhamdulillah sedap walaupun tak guna telur.Tetap rasa lemak2 dari susu cair.
Ini hasilnya sebelum di post mortem.Merah menyala haha
10g agar agar serbuk
4 cawan air
1 cawan santan (boleh guna susu cair/susu segar)
- Carik-carikkan roti dan rendam ke dalam santan.Biarkan roti kembang (supaya mudah untuk dikisar)
- Kisar roti hingga halus.
- Masukkan air,agar-agar serbuk dan gula ke dalam periuk.
- Masak hingga agar-agar dan gula larut.
- Kemudian masukkan bahan kisar tadi.Masak sekejap hingga nampak agak likat.
- Asingkan adunan kepada 3 bahagian
- Warnakan dengan hijau untuk kulit tembikai.Biarkan mengeras.
- Kemudian masukkan adunan plain.Biarkan mengeras.
- Seterusnya masukkan warna merah.Dan taburkan potongan cincau (sebagai biji tembikai)
- Biarkan agar-agar membeku.Kemudian bolehlah dipotong dan dihidang.Selamat mencuba.
2 comments
sedapnya!! menarik betul rupa dia, kalau dekat saya nak order hehe
ReplyDeletecomelnyaaaaa sayang nak makan hahaha.. cute !!
ReplyDelete