Resepi Ayam Goreng Korea Mudah Dan Sedap | sos korea pun kita buat sendiri | Korean Spicy Chicken Wing
Assalamualaikum...
Kembali bersiaran di blog tersayang.Macam biasalah update bahan yang dah 'basi'.Agak lama juga saya buat ayam goreng korea ni di youtube, cuma tunggu turn dan tunggu kerajinan untuk update kat sini.Sekarang ni view blog agak sendu itu yang semakin memudarkan semangat untuk menaip.Terasa blog masakan semakin kurang relevan.Mungkin sudah ramai yang beralih arah ke media sosial yang lain contohnya apps TikTok.Kalau di tiktok yang muda belia aktif di sana.Saya selaku blogger tegar masih kekal aktif dalam dunia blogging walaupun tenggelam timbul.Lama hilang tapi insyaaAllah muncul semula bila ada masa lapang untuk menulis.Jadi pengunjung2 blog TMK ni rajin2 bertandang ke sini ya..manatau saya lebih bersemangat untuk menulis setiap hari.Bahan yang nak dikongsi masih terlalu banyak.
Okey berbalik kepada ayam goreng korea ni, pada mulanya saya nak ambil jalan pintas iaitu nak guna sos dalam botol, tapi masa tengah bersemangat nak buat, ayam dah ada dok cari merata super/hyper market dengan kedai runcit pun tak jumpa sos korea ni.Mungkin pada masa tu permintaan sangat tinggi maklumlah PKP kan.... memang tak jumpa pun sos tu.Saya ambil keputusan untuk cuba buat sos sendiri.Alhamdulillah menjadi dengan jayanya dan ramai yang dah mencuba buat ayam korea ni.Mereka sangat berterima kasih sebab tak perlu beli sos lagi.Nak dijadikan cerita lepas video siap publish di youtube, elok pulak terjumpa sos korea ni jual kat kedai runcit.Masa kita cari tu tak ada pulak.Tak apalah asbab tak jumpa, kita belajar buat sendiri.Jadi bagi mereka yang susah nak dapatkan sos korea, bolehlah ikut resepi yang berikan ni.Kalau ada sos ready made lagilah memudahkan kerja.
Resepi simple, bahan ringkas.Memang wajib kena cuba ni.Sekarang anak2 belajar kelas online, boleh lah buat kudapan waktu rehat.AYAM PEDAS KOREA MUDAH DAN SEDAP
bahan bahan
10 ketul kepak ayam (potong kepada 2 bahagian)
100g tepung goreng ayam
1/2 cawan tepung jagung
1 biji telur
5 ulas bawang putih (cincang)
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar madu
1/2 kiub ayam
bijan
daun bawang
minyak
- Dalam mangkuk besar, satukan tepung goreng ayam dan tepung jagung.Kacau sebati kedua-dua tepung.Ketepikan.
- Dam bekas berasingan berisi kepak ayam, pecahkan telur ke masukkan 2 sudu besar campuran tepung tadi.Gaul rata dan perap selama 10 minit.
- Sementara itu, kita buat pes cili.Satukan cili giling dan serbuk cili.Tambah sedikit air, jadikan pes pekat.Ketepikan sebentar.
- Ayam yang diperap tadi, kita salut dengan tepung.
- Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan.Angkat dan toskan.
- Keluarkan lebihan minyak dan tinggal sedikit sekadar untuk menumis.
- Tumis bawang putih yang telah didadu/cincang hingga garing.
- Masukkan pes cili dan tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan sos cili, sos tomato, madu dan kiub ayam.Seimbangkan rasa kena ada rasa pedas, manis dan masam.Kalau suka lebih masam, boleh perah jus lemon.
- Masukkan ayam dan gaul rata.Akhir sekali taburkan bijan dan daun bawang.
- Ayam Pedas Korea sedia dinikmati.Selamat Mencuba.Untuk video tutorial boleh tonton di youtubehttps://youtu.be/9CGril4f6EA
1 comments
sedapnya...elok je terletak hehe
ReplyDelete