Resepi Lengkap Nasi Daging Utara Dan Rahsia Air Asam Kerisik Yang Lebih Padu

By LiNa_Pg - Monday, November 23, 2020

Assalamualaikum...

Kalau belah utara ni nasi daging sangat terkenal dan menjadi hidangan istimewa berbanding dengan nasi beriani atau nasi tomato.Nasi daging yang simple dimakan bersama air asam tak kisahlah air asam biasa atau air asam berkerisik.Di sesetengah tempat nasi daging dihidangkan juga bersama sup daging sebagai pelengkap hidangan.Kalau saya sendiri bila masak nasi daging lebih suka digandingkan bersama dalca ayam.Dalca versi saya ni seakan gulai daging bersama sayuran.

Resepi nasi daging sudah banyak kali juga saya kongsikan dalam blog ni, cuma kali ini saya sediakan video tutorial (masa raya haji hari tu) tuuuuuu dia haih lama sungguh tunggu giliran posting dalam blog.Okeylah jom kita terus semak resepi


Nasi daging lebih simple berbanding nasi lain...hidanga sampingan cuma air asam sahaja.Sup tu lebihan air rebusan untuk masak nasi.

NASI DAGING UTARA
by Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A (rebus daging)
400g daging
2 helai daun bay
Air secukupnya (air kena banyak untuk masak nasi)

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan dan rebus hingga daging empuk.
  2. Asingkan air rebusan dan daging.Hiris nipis daging yang direbus tadi.
Bahan B (nasi)
3 cawan beras basmati (cuci bersih, rendam 30min dan toskan)
3 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar tomato puri
1 kiub ayam
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
1 labu bawang besar
2 helai daun pandan
2 sudu besar rempah kurma/rempah sup (serbuk)
Sedikit minyak

Cara-Cara
  1. Bancuh rempah kurma bersama sedikit air rebusan daging (yang lain bukan dari 3 cawan tu yea) atau air biasa.Jadikan pes pekat.
  2. Nasi daging ni lina pg masak guna rice cooker sahaja.Panaskan rice cooker dan masukkan minyak masak bersama minyak sapi.
  3. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis,bawang besar, daun pandan, bawang putih dan halia.Tumis hingga terbit bau (tak perlu garing)
  4. Masukkan pes rempah kurma dan tomato puri.Tumis hingga pecah daging.
  5. Masukkan hirisan daging dan kacau sebentar.
  6. Masukkan air rebusan daging, kiub ayam dan masukkan beras.Kacau sebati.Kemudian tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak.
  7. Setelah nasi masak KEEP WARM.Gemburkan nasi menggunaka garfu supaya nasi tidak patah.
  8. Nasi Daging dan siap.
AIR ASAM KERISK
by Malina lina pg
Bahan Bahan
1 sudu besar kerisik
1 inci belacan
1 cawan air asam jawa
10 biji cili padi (hiris)
2 labu bawang holland (hiris)
2 biji tomato (buang biji)
Garam dan perasa/cukuprasa
Air rebusan daging

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan dan seimbangkan rasa.Air asam kerisik siap.

SUP DAGING SIMPLE
by Malina lina pg
Bahan-Bahan
Baki air rebusan daging
sup bunjut
Garam 
1/2 kiub ayam

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan dan reneh sekejap.Kalau nak masukkan kentang, karot dan lain2 bahan untuk sup pun boleh.
  2. Sup daging simple dah siap
Untuk menonton video tutorial NASI DAGING UTARA, sila klik paparan di bawah

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. Sedapnya... pagi2 datang sini bolehlah sarapan di sini dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai awai.. boleh makan banyak² kak amie.. kalau lambat, takut abes dulu. sila² buat macam rumah sendiri. Nanti jangan lupa tapau untuk 'Daun' hehe

      Delete
  2. tengok resepi ni tingat arwah tok..
    sejak dia meninggal rasa x makan lagi nasi daging dimana2..
    kena belajar buat tapi xdan nak menuntut dari tok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. air tangan orang tua memang sedap, tambah lak tok nenek masak campak² jer tapi semua menjadi dan sedap. Boleh cuba rcp nasi daging ni pulak

      Delete