Resepi Agar-Agar Oren/Jelly Orange Dan Tempahan Jelly Orange

By LiNa_Pg - Monday, June 02, 2014

Assalamualaikum...
Dah lama betul tak mengasah skil dalam membuat puding/dessert.Dolu2 saya lebih suka membuat dessert berbanding kek.Tapi sekarang nampaknya membaking lebih mendatangkan rezeki.Puding ni saya tak ambil sangat tempahan sebab perlu kerja yg teliti dan ambil masa yg lama.Kali ni saya ambil juga tempahan sebab ada sahabat baik saya minta tolong..Jd untuk tidak menghampakan permintaan belia..saya buat juga Jelly Orange ni sebagai hantaran.Memang ke laut skil memuding ni..Kalau ada yg berminat untuk mencuba saya sertakan resepi dan langkah demi langkah sebagai rujukan...

Inilah dia final product Jelly Orange..saya buat simple2 jer.Harap berpuas hati
 Close up sket bahagian slices tu...macam real buah oren tak hihiii
 
Picas ni dari enpon..nampak cam warna kuning lak...actual kaler warna oren..macam buah dalam plastik tu..maybe snap memalam buta kot hihiii

RESEPI JELLY ORANGE/AGAR2 OREN
Sumber : Yani myR

Bahan-bahan

  • 5 biji limau- XL
  • 10g serbuk agar-agar
  • 5 cawan cecair (1000ml)
  • Jus perahan buah limau/oren (sukat dulu br liter)
  • 1/2 cawan gula
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Buah limau/oren dibelah dua.Keluarkan isinya.Saya korek guna sudu jerr
  2. Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.Tapiskan (sukat jus oren-LiNa Pg dapat jus ~400ml)
  3. Masak agar2 bersama 600ml air, garam dan gula.Masak hingga agar2 dan gula hancur.
  4. Masukkan jus buah limau tadi.Kacau sekejap.Tutup api
  5. Tuangkan ke dalam kulit limau tadi.(Kulit limau/oren LiNa Pg letak atas bekas telur supaya senang nk tuang agar2)
  6. Biarkan sejuk dan jelly keras. 

 Tadaaaa inilah hasilnya...
Jelly Orang dan kek karamel coklat moist..ditempah oleh orang yg sama..Terima kasih.Gambar ni dari enpon lain sket kaler dia..actual kaler yg warna oren kat atas tu.Tempahan hari sabtu..untuk majlis bertunang dan besday
Tempahan hari ni punya..belum pick up lagi..kastemer baru neh

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Salam kak.. rasa2nya 2tahun lepas kot semua org duk buat jelly oren nih.. nasib baik pernah buat, xde la jakun sgt nengok. hihi

    ReplyDelete
  2. salam puan, saya nak bertanya berkenaan tempahan kek (cheese+ choc)
    berape harga? and nak bank in macam mane)

    ReplyDelete