Ketam Masak Lemak Cili Padi Bersama Suhun

By LiNa_Pg - Friday, November 30, 2018

Assalamualaikum....
Salam siaran di hari Jumaat.Sekejap sahaja dah hampir seminggu anak2 bercuti.Dah ada idea ke tu nak masak apa hari ini?Kalau  masih belum ada idea...apa kata buat Masak Lemak aje.Ketam Masak Lemak Cili Padi ni saya masukkan suhun dan letakkan daun kunyit.Sedap tau bila makan tu ada ala-ala lonton sikey bila letak suhun....daun kunyit tu pulak membangkitkan aroma.Kebetulan daun kunyit ada dalam pasu, kita petik jer fresh dari balkoni hehee...
Untuk Resepi Masak Lemak Cili Padi ni saya tumis terlebih dahulu bahan-bahan yang ditumbuk...wangi bau bahan tumisan tu.Kalau nak buat yang lebur terus pun boleh jugak, terpulang selera masing-masing.Kadang2 kita nak kelainan siket dalam masakan kan...tukar selera.
Okey jom la kita semak Respi ringkas Ketam Masak Lemak Cili Padi Bersama Suhun

Simple jer tapi sedap tau.Cubalah...
KETAM MASAK LEMAK CILI PADI BERSAMA SUHUN
By Malina LiNa Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 3 ekor ketam (potong 2)
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 5 biji cili padi (tumbuk)
  • 1cm kunyit hidup / serbuk kunyit (tumbuk)
  • 2 batang serai (titik)
  • 1 helai daun kunyit
  • 200ml santan
  • 1 asam keping
  • sedikit suhun (rendam sekejap)
  • sedikit minyak untuk menumis)
  • Garam dan perasa/gula
  • Air secukupnya
Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, serai dan tumis bahan tumbuk hingga sedikit garing.
  2. Masukkan santan, masukkan ketam, tambahkan air hingga melebihi paras ketam.
  3. Masukkan asam keping, garam dan perasa.
  4. Apabila mendidih, masukkan suhun dan carik-carikkan daun kunyit.Masak sekejap hingga suhun lembut.
  5. Sesuaikan rasa.Tutup api.Ketam Masak Lemak Cili Padi sedia dihidang.
  6. Selamat Mencuba.
Nota kaki (tidak berkenaan dengan Ketam hehee)
Hari ini saya upload video di youtube....Resepi Muffin.Boleh klik link di bawah.MLCP ni saya tak buat video.Happy watching.
Selamat Berhujung Minggu.Untuk n3 Muffin saya akan update kemudian di blog

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. woooo...ketam!
    sedap tu kalau ratah2....terliur pulak!
    Mana nak cari ketam nih...adeeehhh Lina!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa.. kat sna mudah dan fresh kak amie.. ketam pun besar²
      Kena carilah tu hehee

      Delete
  2. Sedap nya ketam, nk plk yg penuh isi ketam tu. Mkn ketam sampai terlupa ada nasi hihi..tkasih Lina

    www.asmahabubakar.com

    ReplyDelete