Assalamualaikum...
Kembali bersiaran setelah beberapa hari tak berkesempatan untuk update blog.Ramai yang suka makan Tom Yam tak?Bagi kami sekeluarga memang suka sangat makan tom yam.Kalau keluar dinner outing mesti order Tom Yam, setiap mggu keluar...mesti tom yam masuk list.Kalau kebetulan pergi pasar ada udang segar dan bahan bahan tomyam buat tom yam sendiri plak.Pendek kata setiap minggu mesti makan Tom Yam tak kiralah masak atau kedai punya.Punya addict kena tom yam neh.Korang suka tom yam versi macam mana?Banyak sayur atau yang sedikit sayuran?Bagi kami suka Tom Yam santan sayur sekadar tomato dan cendawan tiran jer.Kenapa?Tak suka makan sayur ke?Bukan...saya tak mahu sayuran tu over power tomyam..Bila hirup kuah rasa manis dari seafood tu dan cukup sedap.Kalau nak makan sayur, lebih baik buat sayur asing..seperti kailan ikan masin atau paling simple sekadar sayur campur.Haaaa...kan dah dapat 2 menu tu.Tambah telur dadar kira setel dah la tu.Tapi kalau kat rumah mesti ada jugak ikan atau ayam sebagai lauk sampingan.Budak2 ni kalau tak ada ayam macam tak lengkaplah.
Okeylah untuk resepi tom yam saya guna resepi yang pernah saya kongsika dahulu, ada jugak di youtube sana.Cuma kali ni saya guna stok udang sebagai kuah tomyam..memang lagi sedaplah.Stok udang sentiasa ada kat rumah ni.Kalau beli udang mesti asingkan kepala dan kulit (separuh badan udang tu) untuk buat air rebusan udang.Kalau buat goreng mee, bihun atau buat kuah Mee Kari pun akan lebih sedap.Lagi senang lepas rebus, sejukkan terlebih dahulu, kemudian frozen jer.Nak guna ambil masukkan dalam masakan.Mudah kan?
Panjang bebel.Opss sebelum saya terlupa hari ini 15/11/2018 (10.30am) ada video terbaru di Youtube Channel LiNa Pg) PREMIERER .Nak tahu resepi apa, jangan lupa tonton okey.Boleh live streaming jugak time tu.
Okey jom la kita semak Resepi Tom Yam....
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
https://www.youtube.com/watch?v=hrJiA7fUZOs
Bahan-bahan
4 cawan air (guna air rebusan kulit udang lagi sedap)
2sudu besar pes tomyam (LiNa Pg guna pes Tom Yam Yum Thai)
1 sudu besar cili pes (LiNa Pg gn maepranum brand)
2 batang serai - ketuk
2 cm lengkuas - hiris
1 cm halia (hiris)
daun ketumbar dan akarnya
5-6 helai daun limau purut
1/4 cawan santan
2 sb sos ikan
1/2 kiub ayam
1 keping dada ayam (dadu kecil)
Cendawan tiram secukupnya (terlupa lak nak letak, kalut punya pasal)
1 biji limau nipis /limau kasturi- amik jus
10 ekor udang saiz sedang
4 ekor sotong
1 biji tomato belah
2-3 biji cili padi - ketuk (jika suka pedas)
Cara-Cara
- Masukkan air masukkan pes tomyam dan cili pes, kiub ayam.Kacau rata.Masukkan serai,halia, lengkuas,akar ketumbar,daun limau purut, santan dan sos ikan
- Masukkan ayam dan cendawan tiram.Kacau rata,kemudian masukkan daun ketumbar (simpan sedikit untuk tabur kemudian selepas siap)Biarkan kuah mendidih supaya ayam masak dan cendawan lembut.
- Sesuaikan rasa (tambah garam dan perasa jika perlu)masukkan perahan jus limau kasturi/limau nipis Masukkan udang dan sotong, kemudian masukkan tomato, cili padi dan tabur daun ketumbar.
- Masak selama 1-2min (hingga kulit udang bertukar kemerahan-jangan masak terlalu lama nanti isi udang/sotong menjadi keras/liat)dah siap Tom Yam Ala Thai versi LiNa Pg.
- Selamat Mencuba
JANGAN LUPA SUBSCRIBE YOU TUBE CHANNEL LINA PG
1 comments
alahai sedap nya tomyam udang sotong segala, kalau letak mee ke bihun ke dalam tu mesti terangkat tu Lina hee kan..
ReplyDelete