Resepi Udang Goreng Telur Masin

By LiNa_Pg - Monday, March 23, 2015

Assalamualaikum...
Pernah makan Ketam Goreng Telur Masin tak?Kalau belum pernah cuba, kena try gak tu..mmg sedap sangat2.Disebabkan kesedapan Ketam telur masin tu la saya mencuba lak Udang Goreng Telur Masin ni.Resepinya sama jer cuma tukar dis time udang yg jadi hero..Mmg sedap..Udang ke ketam ke mmg anak2 suka sangat makan..Resepi amat ringkas tp rasanya memang mantap.Gandingan telur masin tu yg lemak dan tak masin sangat sebab dah letak susu cair n butter...jadi suma rasa blend together jadilah SEDAPPPPPP heheee...

Posing simple2 jer sebab takut sejuk lak...makan panas2 sedap ni...rangup jer kulit udang tu...

RESEPI UDANG GORENG TELUR MASIN
Sumber : HoneyDeekitchen Dan Dapur Kecah

Bahan-Bahan:

  • 8 ekor udang saiz besar
  • 4 sudu besar Mentega (LiNa Pg gn 25g sahaja)
  • 3 biji Bawang Putih dicincang
  • 6 btg cili padi dipotong 
  • Daun kari lebih kurang setangkai
  • 3 biji telur masin direbus (LiNa Pg 2 biji gn semua sekali)
  • 1/2 tin Susu Cair (LiNa Pg gn 4sudu besar shj)
  • Sedikit garam, kunyit dan gula/perasa
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Minyak
Cara Penyediaan
  1. Bersihkan udang, belah bahagian belakang dan buang segala kotoran.Cuci bersihkan kemudian toskan.
  2.  Perasakan udang dengan sedikit garam kunyit dan gaulkan dengan tepung jagung.
  3. Panaskan minyak, kemudian goreng udang secara deep fry.Goreng sekejap jer hingga udang bertukar warna.Angkat dan toskan.Ketepikan.
  4. Cairkan mentega dalam kuali yang panas, kemudian masukkan bawang putih, cili padi, daun kari, dan telur masin. Kacau-kacau sehingga berbuih. 
  5. Setelah berbuih masukkan susu cair. Kacau biar semuanya sebati. Tunggu sehingga kuah memekat.  Bila dah pekat sesuaikan rasan.Tambah gula dan garam biar secukup rasa.
  6. Masukkan udang yg telah digoreng tadi. Balik-balikkan biar hingga kuahnya mesra, bersalut dan sebati dengan ketam. Boleh tutup api dan siap untuk dihidang! 
Mudah dan ringkas

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. Assalam....Linaaaaaa! missed uuuuu

    First time bukak blog ari ni after so many years...heheh... sihat ke dear? Lapar ler tgk makanan sedap2 kat sini...mai ler hulur sket kat kte ni ha.... :D

    ReplyDelete
  2. @DjDayang Jack
    wslm yang...
    Missed you dear.....tetiba menjelma kat dapur kite ari ni?
    Bila nk wat come back??

    ReplyDelete