Resepi Ketam Goreng Telur Masin

By LiNa_Pg - Thursday, February 26, 2015

Assalamualaikum...
Fenomena Ketam Goreng Telur Masin ni cam dah slow down dah...2 tahun lepas agak rancak juga di dunia maya ni...Saya ni cam biasalah susah sket nk terpengaruh.Bukan apa bila membayangkan ketam dimasak ngan telur masin cam pelikkkkkk jer.Tu yglangsung tak berminat nk mencuba.Tapi bila ada resepi dari Kongsi Resepi melintas di fb terus menarik perhatian saya untuk mencuba.Ramai tul rakan2 blogger yg telah mencuba.Tapi saya tertarik dengan Keta Telur Masin dari dapur org Austrlia ni sangat cantik sekali posing ketam dia hehe..Terima kasih Dee berjaya menarik perhatian kak lina.Menurut dee resepi ni dia ambil dari Dapur Kecah.So, saya sertakan link kedua2nya sebagai reference.Bagi yg belum mencuba Ketam Goreng Telur Masin ni bolehlah cuba InsyaaAllah korang tak kan menyesal sbb sangat senang dan hasilnya mmg menjilat jari...

 Waduh enak bangettttt Ketam Goreng Telur Masin ni

RESEPI KETAM GORENG TELUR MASIN
By: :LiNa Pg

Bahan-Bahan:
  • 2 ekor Ketam 
  • 4 sudu besar Mentega (LiNa Pg gn 25g sahaja)
  • 3 biji Bawang Putih dicincang
  • 6 btg cili padi dipotong 
  • Daun kari lebih kurang setangkai
  • 3 biji telur masin direbus (LiNa Pg 2 biji gn semua sekali)
  • 1/2 tin Susu Cair (LiNa Pg gn 4sudu besar shj)
  • Sedikit garam dan gula 
  • 2 sudu besar tepung jagung
Caranya
  1. Bersihkan ketam dan potong dua.  Ketuk-ketuk la sikit bahagian sepit yg keras tu bagi retak. So bila nak mkn nanti senang sikit.  Kemudian kukus ketam hingga 3/4 masak. Bila dah masak, celup isi ketam ke dalam air ais dalam 20 saat. Tujuannya untuk elakkan ketam tu overcooked dan isinya kekal pejal.
  2. Lumurkan ketam dengan tepung jagung dan garam.  Kemudian goreng seketika. Angkat, toskan dan ketepikan.
  3. Cairkan mentega dalam kuali yang panas, kemudian masukkan bawang putih, cili padi, daun kari, dan telur masin. Kacau-kacau sehingga berbuih. Setelah berbuih masukkan susu cair. Kacau dan kacau lagi biar semuanya sebati. Tunggu sehingga kuah memekat.  Bila dah pekat bolehlah rasa dan tambah apa yang perlu. Gula dan garam biar secukup rasa.
  4. Bila kuah dah secukup rasa, masukkan ketam yg telah digoreng tadi. Balik-balikkan biar hingga kuahnya mesra, bersalut dan sebati dengan ketam. Boleh tutup api dan siap untuk dihidang! 
mmg terangkat abes la Ketam Goreng Telur Masin ni..Rasanya 5* walaupun gambar kucar kacir kikiii

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. wow, wana ada juga nampak kawan2 post pasal ketam telur masin ni..nampak sedap pula tengok kak lina buat..kena try la nanti ni :)

    ReplyDelete
  2. @Bbwana adienia
    kak lina pun sebelum wat xtau jer wana..tetiba lak sampai seru nk buat..mmg sedap tau wana

    ReplyDelete
  3. terliuq eh tenguk. hmmm, lapaq teruih rasa..

    ReplyDelete
  4. Assalam menarik n tertariknya resepi ketam telor masin ni, ada ketam boleh la di cuba, telur masin pun dh ada hangkut umah bonda hari tu

    ReplyDelete
  5. Assalam menarik n tertariknya resepi ketam telor masin ni, ada ketam boleh la di cuba, telur masin pun dh ada hangkut umah bonda hari tu

    ReplyDelete