kek

Resepi Victoria Sandwich Cake

By LiNa_Pg - Thursday, March 12, 2015

Assalamualaikum...
Buat pertama kalinya mencuba buat kek ni.Nama bukan main hebat lagi kikiiii...Nampaknya berjaya keluarkan satu kek dari senarai menunggu...Mood membaking kelaut sejak tak berapa ambil order ni.Alhamdulillah VSC ni menjadi ngan jayanya...Saya nak claim sebagai kek besday pun dah lewat 5hari dah...xpe la consider kek makan jer la...Kebiasaannya saya akan gugel dan study resepi yg saya berkenan.Pencarian saya akhirnya terhenti di Salam Dunia.Resepinya bersumberkan Paty's Kitchen.Terima kasih untuk kedua-duanya.
Malas nk bebel panjang, jom layan gambar dan resepi


 Top view VSC simple jer


 Post mortem VSC..ada yang terliur tak?Kalau terliur cepat pi buat...

RESEPI VICTORIA SANDWICH CAKE
Sumber : Salam Dunia dan  PK

Bahan-Bahan A (kek)
  • 200g mentega
  • 200g tepung naik sendiri
  • 200g gula kastor
  • 4 biji telur (A)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu besar susu segar
  • Strawberi untuk hiasan
Cara-Cara A (Kek)
  1. Panaskan oven suhu 170°C (oven LiNa Pg 150°C) dan sediakan acuan kek 2 biji ukuran 8 atau 9 inci yang disapu sedikit butter dan dilapik dengan kertas minyak.
  2. Putar butter dan gula kastor hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan dan selepas itu, masukkan esen vanila dan susu segar.
  4. Masukkan tepung dan kaup balik dengan senduk hingga sebati (LiNa Pg putar speed 1)
  5. Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian dan ratakan kedalam 2 tin kek tadi dan bakar selama 20minit atau sehingga masak.
  6. Sejukkan atas redai

Bahan-Bahan B (Cream Cheese Frosting)
  • 100g cream cheese
  • 1/4 cawan gula kastor
  • 1 sudu kecil jus lemon
Cara-Cara:
  1. Satukan semua bahan pukul hingga licin.Ketepikan
Bahan C 
  • Strawbery Jem/filling secukupnya
 Inilah hasilnya...cantik dan sedap kek ni
CARA ASSEMBLE
  1. Letak sekeping kek atas cake board, pipe atau ratakan cream cheese frosting ke atas lapisan kek yg pertama.
  2. Kemudian sapukan stoberi filling (yg ada buah2 tu) ke atas lapisan cheese tadi.Susun buah strawberi segar atas filling.
  3. Ambil lapisan kek kedua dan tindan ke atas lapisan yg pertama tadi..
  4. Paipkan lebihan cream cheese frosting dan buat la deco mengikut kreativity masing2.Susun buah strawberi segar ke atasnya..dan taburkan gula icing (jika suka)

Tadaaaaaa...inilah hasil 'kreativit' saya muahaahaha

  • Share:

You Might Also Like

13 comments

  1. Cantik sangat hasilnya Kak..wana ja belum lagi terbuat kek ni..huhu

    ReplyDelete
  2. Rugged jer wana hahaaa...asal nmpk cam sandwich

    ReplyDelete
  3. Masya Allah..mewahnye rupa kek ni, sesuai dgn namanye. rajinnya lina!!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum fren...meriah dgn stoberii tuu...berseri-seri keknya..kita punya xthu la bila nk kluar tu...ada 6 lgik kek tgh tnggu Q dlm folder tuu...

    ReplyDelete
  5. cantik..suka tgk VSC yg kengkawan bt..yana tak tau bila nk bt..mood membaking ke laut jugak nii..

    ReplyDelete
  6. memang cantik sangat kek tu lina... dah lama berkenan... tp lom ada kerajinan nak membuatnya... huhu

    ReplyDelete
  7. @AZLINA
    Alhamdulillah menjadi gak kak Ina..pestaim trial..kira boleh la hihi

    ReplyDelete
  8. @maz
    wslm fren...stoberi tu penyeri..kalau tadak stoberi togel jer la kek ni hihi...Cepat update kat dapur bahrain nuu..kite jump Q posting lain..boh kek ni dulu sbb ramai yg minta resepi

    ReplyDelete
  9. @Yana Shaiful
    Mekasih Yana..senang n cepat jer nk buat kek ni..biasalah kak lina guna shortcut hahaaa

    ReplyDelete
  10. @MaDiHaA a.k.a Ratna
    Jom kak madihaA..pakat buat kek ni..si kecil saya yg cerewet pun makan

    ReplyDelete
  11. cantik jelita kek akak nih.. geram tun tgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Tun...pestaim cuba..Alhamdulillah mnjadi ngn jayanya :)

      Delete
  12. Tq bg resepi ne..Sy nak try buat jg...

    ReplyDelete