Resepi Nasi Beringin@Nasi Serai Yang Sangat Mudah Dan Sedap

By LiNa_Pg - Tuesday, April 28, 2015

Assalamualaikum...
Lama betul xbuat nasi serai ni pada hal ianya sangat mudah.Bahan2 pun mmg sentiasa ada kat umah.paling sempoi guna beras biasa jer..xperlu beras basmati bagai.Kali ni saya gunakan beras siam..Cantik dan nasi pun xpatah.Nasi ni semuanya bahan asli..xde pewarna atau apa2 pun..aroma dari serai dan daun pandan mmg sangat menggoda jiwa raga semasa dalam proses memasak.Mmg membuatkan tukang masak x sabar2 nak makan hehe.Percaya x maisarah sangat suka makan nasi ni.Pada mulanya agak cuak jugak sbb saya tumis jintan tu nampak berbiji2 dalam nasi..takut lak budak2 x suka.Rupanya jintan yg garing tu sangat sedap bila tergigit.Dak sarah pun x perasan dia makan rempah..Menambah 3x tau hahaaaa...jangan x caya kikiiii..
Nak buat pun mudah,anak2 pun suka..len kali boleh buat lagi dan lagi..

 Simple yet...tasty
RESEPI NASI BERINGIN@NASI SERAI
By : Malina LiNa Pg
Sumber : SyidaMustafa (myR)

Bahan-Bahan 
  • 4 cawan beras biasa/beras siam/basmati
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • ½ biji bawang Holland (tumbuk)
  • 4 ulas bawang putih(tumbuk)
  • 1 inci halia (tumbuk)
  • 6 Batang Serai (titik)
  • 1 helai daun pandan (simpul)
  • 1 sudu Besar butter/majerin
  • 4 cawan air (bergantung kpd jenis beras yg digunakan)
  • ½  cawan susu cair 
  • 1 kiub ayam
  • Sedikit gajus 

Cara-cara
  1. Panaskan periuk dan cairkan marjerin/butter, tumis jintan kasar dahulu kemudian diikuti bahan tumbuk dan serai.
  2. Tumis hingga terbit bau dan wangi.Tak perlu terlalu garing.
  3. Masukkan air, kiub ayam ,susu cair dan daun pandan.Biarkan mendidih dahulu.
  4. Kemudian masukkan beras (yg telah dicuci bersih).Masak seperti masak nasi biasa.
  5. Bila nasi telah masak,gembur-gemburkan nasi.Semasa menghidang letakkan gajus dan daun bawang (jika suka)
Walaupun hanya guna beras siam..tp hasilnya tetap cantik...yg paling penting sedap dan sangat mudah disediakan..

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. mmg nampak menyelerakan tu Lina..kiub pati lembu okey tak digunakan sebagai ganti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jer SB.Kalau nk letak cukup rasa pun ok..

      Delete
  2. Mcm mana dgn lauk pauk dia...

    ReplyDelete