Monday, February 17, 2014

Resepi Ayam Grill Mushroom Sos

Assalamualaikum...
Sejak kebelakangan ni kami sekeluarga suka sangat makan Western food time week end.Bukan apa bila wk end suka jenjalan cari makan untuk lunch tu.Selalu tempat merayau ialah supermarket.Boleh kata setiap mggu akan ke Tesco, Mydin, Giant....bila jumpa apa2 bahan mentah untuk buat western mesti akan beli punya..tak kiralah ikan salmon ke lamb ke macam2 lagi laa...Pastu mulalah mereka nak apa dengan bahan2 tu suma.Ni menu hari sabtu...malam tadi makan ikan salmon tp tak sempat nk snap gambar sebab kelam kabut nak siapkan tempahan RVC nan satu.
Selalu Grilled Chicken ni makan dengan black pepper sauce kan? Tapi rasanya bosan juga kalau asyik makan dengan sos yg sama.Apa kata beralih ke Mushroom sauce pulak.Rasanya memang sedap, sesuai untuk anak2 kecil yg tak boleh makan peda.Kalau nak pedas boleh letak sos cili time makan.Memang layan abess la.
Okey hari ni saya nak kongsikan satu resepi yg sangat sempoi tp sangat sedap pada tekak kami satu family...Hasil idea bernas en.asben.Katanya dia pernah makan kat satu kedai lebih kurang rasanya macam ni lah...Dah banyak kali buat ni tp baru terajin wat n3...Ekceli ni boleh juga dikatakan resepi orang malas sebab sangat simple dan sudah bahan 'sedia guna' ajer hahaaa..Semoga ianya dapat memberi ilham dan juga idea pd kwn2 yg dalam menyediakan hidangan untuk keluarga tersayang.
 Inilah dia hasilnya ayam grill wif mushroom sos...makan dengan french fries dan sedikit sayur.Complete set...Simple tp mengenyangkan
 
Tinggal pinggan mama ngan abah jer, anak2 sedang menikmati hidangan masing2
RESEPI AYAM GRILL MUSHROOM SOS
By : LiNa Pg
Bahan-Bahan (Ayam Grill)

  • 1 ekor ayam (potong 4) 
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar kicap manis 
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
  • 1cm halia(tumbuk kasar)
  • sedikit serbuk lada hitam kasar , oregano
  • Sedikit olive oil/minyak masak
Cara-cara

  1. Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel.
  2. Bahagian dada/isi cucuk2 sedikit dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.Kalau nak kelar pun boleh juga.
  3. Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah.LiNa Pg guna 1 kiub ayam sebab ayam saiz besar.Kalau ayam kecil atau yg debond guna setengah jer (agak2 la)
  4. Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
  5. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
  6. Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering
  7. Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam ayam...memang best
  8. Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus

 Panggan hingga masak.

RESEPI MUSHROOM SOS
Bahan-Bahan
  • Cendawan butang 
  • 1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
  • Sedikit kiub ayam (LiNa gn suku dr kiub jer)
  • 1 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1/2 tin air (guna tin prego tu)
  • Sedikit minyak
Cara-Cara
  1. Cendawan butang dibersihkan dan hiris nipis
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit kuning.
  3. Masukkan hirisan cendawan tumis hingga layu.
  4. Masukkan sos carbonara.Tambah air.
  5. Masukkan kiub ayam.Masuk sedikit jer.Kacau hingga pekat.Sesuaikan rasa.Tutup api

Bahan untuk sos...senang kan?

******************************************
T E M P A H A N   R V C
Hari ni punya...Terima kasih sudi order....deco seadanya jer kurang kreatif gitew..sepesen saje

4 comments:

Bbwana adienia said... Balas

sedapnya ayam tu makan dengan mushroom sauce..tengok pun ikut terliur juga kak..heheh..

LiNa_Pg said... Balas

@Bbwana adienia

simple2 pun sedap gak ni wana

Adilah Manaf Celik Vitamin said... Balas

Nampak mudah boleh la saya cuba nak buat lepas ni. Terima kashi berkongsi resepi.

Punca Dan Tips Rawatan Bagi Demam Denggi.

Herni Hakimi said... Balas

tak sabar nak cuba resepi ni.. :)

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...