Kuih Tepung Bungkus Sedap Ada Tips Dan Petuanya Supaya Menjadi Dengan Jayanya

By LiNa_Pg - Thursday, November 22, 2018

Assalamualaikum...
Alahai dah lama juga tak merasa Kuih Tepung Bungkus ni.Sekarang ini Kuih Muih Tradisional macam ni semakin sukar dijumpai.Bukan tak ada yang menjual tapi semakin kurang.Kalau ada pun tak begitu menepati citarasa.Saya suka Kuih Tepung Bungkus yang lembut kalau pegang masih meliut liut goyang2 macam tu hehee...Bila makan terasa lemak lemak masin kena pulak Inti Kelapanya tu sedikit manis...Barulah gabungan mantap.Terasa makan kuih yang mak mak buatkan?

Kebetulan minggu lepas, saya ke market Bayan Baru lalu bahagian santan untuk beli ayam segar.Ternampak santan dan kelapa parut putih.Terus emergency brake beli santan dan kelapa parut putih.Kalau nak lagi sedap guna kelapa matang.Iaitu kelapa yang belum tua, putih dan masih lembut.Biasanya kalau yang beli siap tu memang kelapa tua la...Nak yang matang tu kena balik kampung dan petik belakang umah Bonda, bawa balik sini dan parut sendiri.Kalau malas tak yah ngengada nak kelapa matang, tunjuk2 yang siap kat market jer kan...setel hahaha.
Hurmmm...enak tak terkata..Lemak lemak masin...intinya sedikit manis.Bila bersatu dalam mulut..bagai melompat2 minta disuap suap lagi....

Okey lah back to track...Kuih Tepung Bungkus ni sebenarnya kali kedua saya buat dan ada penambah baikkan.Biasalah kalau LiNa Pg tu ada sahaja yang dia nak eksperimen.Kali ini saya R.&.D untuk dapatkan tektur bahagian lemak putih yang lembut sebagaimana saya idamkan.Alhamdulillah menjadi dengan jayanya dan menepati piawaian tektur yang saya mahu.Yeayyy...itulah kan..Kena rajin siket baru kita tahu apa yang perlu improve.
Untuk Resepi Kuih Tepung Bungkus ni saya sediakan video di youtube Channel sinun.So, u olls boleh tengok cara-caranya di sana ok.Ekceli cara tu sama sahaja.Cuma bahan ada sedikit perubahan.
Beberapa tips dan petua saya dapat saya kongsikan untuk membuat Kuih Tepung Bungkus dan Inti Kelapa Serba Guna
  1. Guna gula nipah dan dicampur sedikit gula merah supaya intinya kelihatan lebih menarik, dan bertambah sedap dan berwarna gelap...intinya tu saya suka yang masih basah dan sedikit melekit.Letak tepung gandum sebagai gam supaya inti tikda berderai.Kalau yang berderai tu kurenggglah siket.
  2. Semasa mengukus Kuih Tepung Bungkus, guna api sederhana sahaja tau..supaya bungkusan tidak terbuka...dan menten ayu jer setelah siap dimasak.Kalau guna api besar, nanti abes terbuka 'aurat' tepung bungkus...terselak sana sini...Haish sian dia...dah elok bungkus hangpa p buka lak 'aurat' dia kikiiiii...Ingat tau api sederhana saja.
  3. Setelah Kuih Tepung Bungkus siap dimasak, biarkan sejuk terlebih dahulu.Jangan gelojoh terus nak makan time panas2 tu.Bukan apa sebab Kuih Tepung Bungkus terutama bahagian putih tu masih belum 'SET' masih belum 'firm' kena tunggu sejuk sedikit baru buka balutan daun pisang tu...Barulah kuih tak comot.
  4. Untuk Daun pisang, setelah dilayurkan di atas api, bolehlah disapu sedikit minyak supaya kuih tidak melekat dan tidak comot
  5. Jika Kuih mahu disejuk beku (frozen)Biarkan Kuih Tepung Bungkus sejuk sepenuhnya terlebih dahulu, kemudian masukkan ke dalam bekas/tupperware kemudian simpan dalam peti sejuk beku.Jika mahu dihidangkan, keluarkan Kuih Tepung Bungkus frozen, kemudian masukkan ke dalam microwave sahaja.Boleh terus dihidang.Atau boleh juga dikukus selama 5min.Kuih sedia dihidang.Mudah kan?
  6. Untuk Inti Kelapa Serba Guna, Inti Kelapa ni memang banyak LiNa Pg guna 1/3 sahaja dari portion tersebut.Selebihnya sata simpan dalam peti sejuk (chiller) Inti tersebut boleh dijadikan inti ketayap (nanti video menyusul di youtube nx week) boleh juga dibuat Pulut Inti, Kuih Koco, Kuih Badak Berendam dan sebagainya (Itupun kalau rajin lah) Kalau tak rajin ,kita repeat ketayap jer la hahaa

Sekolah dah nak mula bercuti, so mak2 boleh lah buat ready stok Inti Kelapa SerbaGuna ni.Senang, kalau anak2 nak makan kuih ketaya atau apa2 boleh terus buat kulitnya sebab inti dah ada siap2.

Okeylah panjang menaip hari ni.Alhamdulillah dilapangkan waktu untuk menaip.Okey jom kita semak resepi Kuih Tepung Bungkus

Kuih Tepung Bungkus 
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/ 
Bahan A (Inti Kelapa SerbaGuna)  
  • 1 biji kelapa parut putih 
  • 1 cawan air (secukupnya) 
  • 1 ketul gula nipah (120g)
  • 3/4 cawan gula merah
  • 1 sudu besar gula 
  • 1 sudu besar tepung gandum 
  • 3  helai daun pandan 
  • sedikit garam
Klik video tutorial ini untuk lebih mudah faham
Bahan B (Onde-Onde/Salutan Inti Kelapa)  
  • 1 cawan tepung pulut 
  • 3/4 cawan air (atau secukupnya) 
Bahan C (Lapisan Putih Lemak Masin) 
  • 1 cawan tepung beras 
  • 2 cawan santan segar
  • 2 cawan air
  • sikit garam 
  • Daun pisang (layurkan di atas api)
Cara-Cara (Untuk Inti) 
  1. Masukkan gula nipah, nipah merah, daun pandan, garam dan sedikit air.Masak hingga gula larut.
  2. Masukkan kelapa parut, gaul rata (tambah air jika perlu) masukkan gula pasir (jika perlu)ikut selera.
  3. Taburkan tepung gandum dan masak hingga Inti Kelapa kelihatan seperti gambar di atas
Cara-Cara (Bahan B) Onde-Onde Salut Inti Kelapa 
  1. Masukkan tepung pulut ke dalam mangkuk, Masukkan air sedikit demi sedikit, Uli hingga doh tidak melekat di tangan.Kaedah sama seperti membuat Kuih Buah Melaka.
  2. Cubit sedikit doh anggaran sebesar ibu jari, leperkan kemudian masukkan inti kelapa.Gentel kemudian ketepikan.Ulang proses hingga doh habis.Kemudian ketepikan sebentar.
Cara-Cara (Bahan C) 
  1. Bancuh tepung beras bersama santan dan secubit garam. Kacau rata terlebih dahulu sebelum buka api.
  2. Masakkan hingga likat.Kemudian tutup api. 
Cara Assemble Kuih Tepung Bungkus
  1. Letakkan daun pisang yang telah dilayurkan di atas api, bersihkan segala kotoran dan sapu sedikit minyak.
  2. Ambil 2 sudu besar bancuhan tepung Bahan C dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
  3. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun.Ulang proses hingga habis.
  4. Kukuskan selama 20 minit api sederhana.Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu sebelum mula mengukus.
  5. Setelah masak, biarkan kuih tepung bungkus sejuk terlebih dahulu.Sebelum dihidang.
  6. Jangan Lupa Subscribe.Video Resepi di bawah
      Youtube LiNa Pg

  • Share:

You Might Also Like

0 comments