Ayam Goreng Halia Simple Dan Sedap

By LiNa_Pg - Wednesday, July 10, 2024

 Assalamualaikum...

Selamat pagi semua, bersiaran di pagi Rabu, sudah ada idea ke untuk memasak lauk tengah hari nanti?Jika belum ada, apa kata cuba ayam goreng halia ini.Resepi sangat mudah dan cepat disediakan.Ayam goreng halia ini lauk kering-kering sahaja bukan jenis berkuah.Kalau saya, suka sangat letak halia banyak-banyak.Bila nak makan kutip halia tu terasa panas badan.

Ayam goreng halia ini resepi mesra kanak-kanak sebab tak pedas pun.Kalau suka yang pedas boleh ketuk sedikit bagi pecah-pecah cili padi dan masukkan semasa menumis.


Resepi Ayam Masak Halia
by @Malina Lina Pg  https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
ayam (perasakan dengan garam kunyit)
halia kuantiti terpulang - mayang halus
3 ulas bawang merah (tumbuk)
1 ulas bawang putih (tumbuk)
2 sb sos tiram
1 sk sos tomato
Bawang besar
Cili merah
Daun bawang
air
minyak

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, masukkan ayam yang telah diperasakan dengan garam kunyit.Goreng sekejap kemudian terbalikkan ayam supaya ayam masak dengan sekata.
  2. Selepas terbalikkan ayam terus masukkan hirisan halia (cara masak mak-mak nak cepat siap).Pastikan halia terendam dalam minya supaya halia masak dan garing serentak dengan ayam.
  3. Setelah ayam dan halia masak, tolak ketepi sedikit dan keluarkan lebihan minyak dan tinggal sedikit untuk menumis.
  4. Masukkan bahan tumbuk (bawang putih dan bawang merah), tumis hingga garing.Apabila tumisan sudah garing, gaulkan bersama dengan ayam.
  5. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sedikit air.Gaul sebati.
  6. Akhir sekali masukkan hiasan iaitu bawang besar, cili merah dan daun bawang.Kacau sekejap supaya bawang besar sedikit layu.Dah siap ayam masak halia.Selamat Mencuba.


  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. ayam menu wajib hari2
    sampai x tau nk masak apa he hee blh cuba resepi lina. ni
    tqq bg idea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya kita serupaaa...hari-hari lauk ayammm je.

      Delete
  2. antara menu yg biasa ammi masak sebab mudah. kadang2 malas nak goreng ayam kita lebur je ayam terus lepas tumis2 bawang tu

    ReplyDelete