Assalamualaikum...
Pagi ini ditemani hujan lebat membasahi bumi, semoga hujan ini memberi rahmat kepada kita semua.Hujan-hujan dan cuaca sejuk sebegini memang sangat sesuai kalau kita masak atau makan lauk jenis berkuah dan panas-panas seperti sup atau singgang.Okey hari ini saya nak berkongsi satu resepi yang mudah dan sedap cuma mengambil masa yang agak lama untuk empuk/masak.Masak singgang ini kita cuma perlu reneh je hingga daging empuk, tulang tu memang sampai kesudah pun tak akan empuk punya kan.
Singgang tulang Kelantan ini ada 2 jenis tau, salah satunya warna keruh-keruh sahaja dan satu lagi berwarna kemerah-merahan.Ada pelbagai resepi singgang mengikut daerah dan kampung masing-masing.Ada yang menggunkan rempah dan ada juga cuma kosong sahaja.Dari mana datangnya warna merah?Jawapannya dari budu dan cili kering.Ada setengah resepi, cili kering ditumbuk untuk hasilkan rasa pedas dan warna lebih merah.Kalau saya suka cili kering yang dipotong kasar-kasar sahaja supaya tidak terlalu pedas sebab ada anak-anak yang nak makan bersama.
Ini menu paling popular masa raya haji.Tahun ini raya puasa dan raya haji kami beraya di perantauan jadi bila nak makan lauk begini, kenalah buat sendiri- Satukan tulang rusuk, bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, cili kering, asam keping, ketumbar biji yang telah ditumbuk, sedikit garam, perasa dan air.Air letak sama paras dengan tulang/daging sahaja.Gaul rata supaya semua bahan sebati.Reneh/rebus hingga tulang/daging hampir empuk.Anggaran 2 jam guna api kecil sahaja.Masak kaedah mereneh.
- Apabila daging hampir empuk, masukkan budu, kiub pati ayam dan tambah air secukupnya untuk kuah.Sambung reneh lagi hingga daging betul-betul empuk.Singgang daging siap!
0 comments