Resepi Rendang Daging Simple Dan Sedap

By LiNa_Pg - Thursday, September 04, 2014

Assalamualaikum...
Hari ni buat n3 sambungan heheee..kemarin ketupat arini rendang lak.Rendang ni sangat mudah hanya menggunakan bahan2 asas sahaja yg mmg ada di rumah..Sy mmg tak menggunakan sebarang rempah rasanya menepati citarasa.Ada orang masak rendang sekali harung.Iaitu dengan memasukkan semua bahan sekaligus dan biarkan hingga daging empuk.Kali ni saya tumis tumis segala bahan kisar sbb daging yg dibeli jenis cepat empuk.Bukan daging batang pinang tapi top side..lembut jugak tapi tidak lah selembut batang binang..So, kena ubah sket cara masak..Alhamdulillah sedap..
Tak lama lagi dah nak raya haji..mana tau kalau2 ada daging korban yg dah xtau nk masak apa..boleh la cuba buat rendang ni.Buat banyak, pastu frozenkan...nak makan,masuk dalam microwave/panaskan jer..Senang kan...Jom kite semak resepi

nyum..nyum..sedap makan ngan ketupat

RESEPI RENDANG DAGING SIMPLE DAN SEDAP
By : LiNa Pg

Bahan - Bahan:
  • 1/2 kg daging pejal (kali ni guna top side-agak lembut)
  • 1/2 kg santan pekat
  • 4 labu bawang besar  (blend)
  • 6 ulas bawang putih (blend)
  • 6 ulas bawang merah (blend)
  • 2 inci halia (blend)
  • 2 inci lengkuas (blend)
  • 10 batang serai (4btg blend, 6btg ketuk)
  • 15 tangkai cili kering (blend)/4 sudu besar cili giling puteri
  • 2 paket kerisik (1 paket 40g)
  • 1sk serbuk kunyit
  • 1 helai daun kunyit (racik halus)
  • 2 asam keping
  • Garam dan gula (lina pg gn 1 sb gula merah)

Cara-Cara:
  1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar, serai ketuk.Masukkan cili giling dan gula merah.Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging, gaul sebati dengan bahan tumisan hingga daging kecut sedikit.
  3. Masukkan santan, kerisik dan asam keping dan sedikit garam (LiNa Pg cuma gn 2sudu kecil garam).
  4. Biarkan rendang mereneh hingga pecah minyak.LiNa Pg masak menggunakan api kecil sahaja dan periuk bertutup.Kacau sekali sekala untuk mengelakkan rendang hangit.
  5. Bila rendang hampir masak, masukkan daun kunyit yg diracik.Sesuaikan rasa.Tutup api

Yang ni versi live dari kuali.Suka yg basah2 camni

*****************************
SELIT ORDER KEK BUAH UNTUK HARI NI...ALHAMDULILLAH KALI NI KEK BUAH LiNa Pg KE PETALING JAYA PULA
Terima kasih sudi menempah..Kalau ada yg nak tempah kek buah (by pos) untuk raya haji dah boleh slow2 order...sng nk budget/arrange postage..tak lama dah ni nk raya

  • Share:

You Might Also Like

28 comments

  1. Erm.. Sedap betul la tengok rendang raging kak lina tu..nak skit..huhu

    ReplyDelete
  2. @Bbwana adienia
    Sedap la wana kat tekak kami sekeluarga ni hehe

    ReplyDelete
  3. terbau rendang sampai sini...yummi yummi

    ReplyDelete
  4. salam singgah. oh boleh pos eh kek buah. baru ku tahu. ketinggalan zaman sungguh -_-

    ReplyDelete
  5. Salam kak..saya nak tanya pasal kerisik..satu paket 2 agak2 banyak...saya g kedai tengok paket kerisik ada 3saiz terus konfius. Sy memang zero knowledge bab2 rendang.

    Thank you. Banyak dah rsipi ikut blog akak.

    ReplyDelete
  6. Mekasih ..sy da try resipi ni menjadi n sedap...just nk tny kerisik tu dua peket brapa sudu ye..sy pakai 4 sudu..main hentam je..hehe

    ReplyDelete
  7. @madia wati
    Sama-sama..saya guna kerisik paket paling kecil 40g.So 2 paket 80g.Saya xpandai agak guna sudu..tp kira boleh la 4 sudu tu

    ReplyDelete
  8. Terima kasih linapg bagi resepi. Saya dah try memang sedap. Suami pun suka.
    :)

    ReplyDelete
  9. Akak.. Nk tnya.. Knp rendang saya jd warna gelap ek.. Huhu.. Gelap mcm masak kicap dh.. Huhu tp mana ada isi kicap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa ok x?sedappp?
      Kalau sedap xpe la kalau gelap siket.Maybe kacau lama kot.
      Akak punya ni masih basah²,kalau bg kering lg akan gelap jugak

      Delete
  10. Sedap resepi Pn.Lina..Saya cuba di pagi Shawal ..

    ReplyDelete
  11. Saya dah cuba resepi ni, memang simple tapi sedapnyer boleh lawan orang yang berniaga! Terima kasih bebyk Pn!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..
      Saya pun orang berniaga jugak hahaaaa

      Delete
  12. Mekasih.. sy dah try resepi ni.. mmg dapat pujian ramai.. sy first time masak rendang.. teria kasih ye

    ReplyDelete
  13. Salam kak lina. Saya baru cuba resipi ni tak menjadi. Saya guna 1/2 kilo daging so saya cuma pakai setgh bahan2 dlm resipi kak lina. Warnanya mcm laksa kekuningan dan daging keras tak lembut. Mcm mane ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa guna ½ dr bahan di ats?
      Resepi ni mmg utk ½kg daging
      Maknanya full resepi..That's why la pucat sebab tak cukup bahan.
      Cuba lagi okey..insyaaAllah jadi
      Daging masih keras..kena masak lama siket maybe bahagian daging tu liat..cuba beli daging pejal yg elok takde urat²

      Delete
  14. Salam. Kak lina.. daging tuh tak perlu rebus dlu ke????

    ReplyDelete
  15. @Sitihasmah arpi
    wslm..boleh jugak kalau nak rebus dulu..tp akak lebih suka daging tu empuk semasa proses 'merendang' segala rempah meresap masuk ke dalam daging/ayam..lebih umpphh...terpulang citarasa masing2

    ReplyDelete
  16. Salam akak kalau sy nak masak 2kg daging nak kene x 3 ke semua bahan2 kat atas?

    ReplyDelete
  17. @Farra Annisa
    wslm.. ya lebih kurang x3 camtu la.. sbb rcp ni utk ½kg jer
    Agak² jer la bhn² tu.. asalkan sedap hehee

    ReplyDelete
  18. Assalam Pn Lina
    Saya dah buat rendang daging ikut resipi puan,
    memang terbaik..Semua cakap sedap

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah .. ikt resepi Pn Lina ..rendang sy dh siap ..seumur hidup xpernah sy masak rendang . terima kasih pn.. memudahkan saya ..resepi simple dan menjadi ...sedapp! !!

    ReplyDelete
  20. Resipi rendang kak lina paling sedap...paling menjadi dan x pernah mengecewakan...

    ReplyDelete
  21. Saya nk cuba. Terima kasih Pn atas perkongsian resipi rendang.

    ReplyDelete
  22. kena dengan tekak ikut cara akak..sedap..terima kasih

    ReplyDelete
  23. sy guna resepi yg sama kalau nak buat rendang daging, betul kak Lina, daging rendang ni lebih sedap kalau kita terus masak sekali dengan bahan-bahan berbanding kita rebus daging asing..

    ReplyDelete