Tuesday, December 13, 2016

Kerutuk Ayam Sedap Tidak Menggunakan Santan

Assalamualaikum...
Ada yg suka makan kerutuk x?resepi kerutuk ni ada pelbagai.Ada yg renyah kena goreng kismis.Ada juga resepi kerutuk yg menggunakan susu cair dan jugak santan.Bagi tekak saya yg menggunakan susu/santan agak creamy dan cepat muak.Jadi saya memilih utk mengolah resepi kerutuk yg tidak menggunakan santan atau susu cair.Paling best kerutuk versi tanpa santan ni tahan lama..Kalau diperangatkan esok hari lagi pekat dan lagi sedap untuk dicicah dengan roti.Kalau makan dgn pulut kunig pun sedap.
Resepi kerutuk ayam sedap dan mudah
Saya suka kuah pekat camni..Makan dgn nasi berperisa cukup sekadar lauk ni jer
KERUTUK AYAM TANPA SANTAN VERSI LiNa Pg
By Malina LiNa Pg (linapg.blogspot.com)

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam (LiNa Pg potong 12) 
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 5 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 1cm halia (kisar)
  • 3 hiris lengkuas (kisar)
  • 1cm kunyit hidup (kisar)
  • 3 sudu besar rempah kerutuk
  • 2 sudu besar cili giling
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 keping asam keping
  • 3 sudu besar kerisik
  • 1 helai daun pandan (siat dan simpul)
  • 1 labu bawang besar (belah 4)
  • 2 biji kentang (belah 4)
  • 1 biji cili merah (patah-patahkan)
  • 1 sudu besar gula merah
  • Garam dan gula/perasa
  • Minyak
  • Air secukupnya

Bahan Untuk Menumis

  • 1 btg kulit kayu manis
  • 2 kuntum cengkih
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih jika suka (LiNa Pg skip)
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 labu bawang besar (mayang halus)
  • 1 batang serai (titik)

CARA-CARA

  1. Panaskan minyak, tumis rempah 4 beradik bersama hirisan bawang besar dan serai.Tumis hingga terbit bau.
  2. Masukkan bahan kisar, dan tumis sebentar.Sementara itu bancuh rempah kerutuk bersama cili giling (Jadikan pes pekat)
  3. Masukkan bancuhan rempah,daun pandan dan gula merah ke dalam bahan tumisan.Tumis hingga betul2 masak dan pecah minyak.
  4. Masukkan ayam dan gaul sebati.Biarkan sebentar untuk kecutkan ayam.Semasa proses mengecutkan ayam, masukkan sedikit garam dan asam keping
  5. Masukkan kentang, santan, kerisik dan air.Biarkan hingga mendidih.Kacau selalu supaya tidak pecah minyak
  6. Bila ayam dan kentang empuk, masukkan bawang besar yg dibelah 4 dan patah-patahkan cili merah.Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa.
  7. Reneh sebentar hingga kuat pekat.Tutup api.Sedia dihidang panas-panas
  8. Kerutuk enak dimakan bersama nasi putih, nasi berperisa atau boleh jugak dicicah roti jala/roti putih dan juga dimakan bersama pulut kuning (LiNa Pg mkn kerutuk ayam ni bersama Nasi Minyak Laskar Pelangi)Resepi nnt LiNa Pg kongsikan kemudian

4 comments:

Phong Hong said... Balas

Lina, nampak sedap kerutuk ayam ni. Kerutuk tu kelihatan pekat dan creamy walaupun tak pakai santan atau susu. Elok untuk mereka2 yang jaga kesihatan.

Nooriah Abdullah said... Balas

Jarang masak kerutuk ni Lina
Lebih kurang mcm rendang jugak bahan nya kan
Cuma tk guna santan tpi guna kerisik jugak kan
Kira ok lah tu tk double lemak hehe

Ayu said... Balas

Assalam Lina
wah kerutuk tanpa santan.. pasti sedap..bila2 boleh cuba yg ni pula...dulu pernah cuba tapi yang bersantan..
rempahnya akak beli kat Terengganu..
boleh gunakan for this ke..?

Raihanah Ahmad said... Balas

salam sis lina. kalau tak guna santan, low kolestrol maknanya. usaha yang bagus

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...