Saturday, April 24, 2010

Daging Tumbuk


Salam petang sabtu kawan2...
Suma dah lunch ke? Daging tumbuk ni saya main taram jer sbb byk bahan yang x cukup..daging mmg kena tumbuk la sbb nama pun dgg tumbuk kan?, boh kicap sket...bawang goreng..hah jadilah daging tumbuk versi belasah aje ahaks
Sakit mata lak tgk gambo dgg tu blurr semacam jer..tapi xpe la..dah penat2 masak..post gak la..
Resepi ni untuk rujukan sendiri

Bahan-Bahan A
  • 300gram daging pejal (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih ( diketuk )
  • 1 batang serai ( dititik )
  • 1 ulas bawang merah 
  • Air secukupnya
Bahan B
  • 6-7 ulas bawang merah ( dihiris - jadikan bawang goreng )
  • 1 labu bawang besar ( ditumbuk / kisar )
  • 1 ulas bawang putih ( ditumbuk / kisar )
  • 2 sudu besar cili boh ( ikut citarasa)
  • 1/2 sudu kecil jintan manis ( sy gn serbuk jer )
  • 2 sudu makan kicap manis ( adjust sndri )
  • 2-3 makan kicap pekat ( bleh adjust )
  • Cili merah ( potong serong - utk hiasan )
  • Garam + gula
  • Myk masak
Cara-Cara:
  1. Satukan bahan A rebus hingga daging empuk. Bila empuk, tumbuk daging satu persatu. Jgn tumbuk sampai hancur lak.
  2. Perapkan daging yang sudah ditumbuk dgn kicap manis dan air rebusan daging ( 20-30min).
  3. Tumis bahan kisar bersama jintan manis hingga garing, masukkan cili boh tumis lagi hgga pecah myk.
  4. Masukkan daging perap kacau sebati..Masukkan kicap pekat, bawang goreng (tggl sedikit utk tabur), cili merah. gaul sebati.
  5. Sesuaikan rasa, tambah garam+gula jika perlu.
  6. Dah siap taburkan lebihan bawang goreng sebagai hiasan.

1 comment:

ALIAA MIZAN said... Balas

sedapnya...tapi sayang xleh makan daging....

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...